Pages

Saturday, December 4, 2010

5 ALASAN BIJAK anak-anak aku bagi bila TAK NAK IKUT PERGI KENDURI.



Anak-anak aku suka buat hal bila dah besar-besar panjang macam ni. Aku ajak PERGI KENDURI, semua pakat-pakat buat alasan tak mau ikut. Semua pakat-pakat pasang muka ketat. Nie haa dia 5 ALASAN BIJAK (konon) dia selalu bagi kat aku. Haiz.

1. Err. Abah, adik tak nak ikutlah pergi kenduri. Nak DIET ni. Kalau pergi kenduri, TAKUT LEBIH MAKAN. Adik takut GEMUK.
Adik tak nak gemuk macam ni.. ;(

2. Ma, abang dah JANJI dengan KAWAN abang nak pergi lepak-lepak ni. Kan ma juga yang kata, tak baik MUNGKIR JANJI.
Nak pergi main ni!

3. Ayah, kakak rasa kakak tak payah pergilah rumah Pakcik Bruno Mars tu. Bukan kakak BAIK dengan dia pun. Lagipun, kakak SEDIH, anak dia TAK MAU kat kakak dah!!!
Kakak sedih ni!!

4. Mak, orang tak mau pergilah kenduri. Orang ada BANYAK assignment TAK SIAP la mak. Hantar esok ni. Mak nak orang dapat 4flat kan?
Ish. Cuti, cutilah. Apesal banyak assigments ni!

5. Bapak, Along tak ikut tau. Along nak TENGOK MOVIE nie. Petang sat lagi, Along nak balik hostel dah. Nanti TAK SEMPAT tengok dah.

Haa. Apa aku nak cakap bila anak-anak aku dah cakap camtu? Nak marah? Tak boleh, tak boleh. Bukan pasal takut kena jual, tapi dulu2 pun aku sama je. MALAS nak ikut pergi kenduri. -___-'

COP! COP! COP!
ITU SEMUA KHAYALAN.

Itulah apa yang akan jadi agaknya kat aku bila AKU DAH KAHWIN nanti.

Kalau aku TAK INSAFLAH.

Okay. Sekarang DAH INSAF ni.
Aku TAK NAK, esok, esok, anak-anak aku semua malas nak pergi ikut aku pergi kenduri. -.-''

Esok, esok kalau orang tanya, MANA ANAK kau, aku nak JAWAB apa?


Entri sempena kenduri yang banyak waktu cuti ni haa. Anak-anak macam aku, patut RINGANKAN KAKI dan PERUT ikut parents pergi kenduri kan. :D

40 comments:

Sang Gabriel said...

ARGH! alasan itu sume nonsense!

nazirulhazwan~ said...

err, sy tgh berjuang utk negara ni mak(smbil memicit2 butang PSP);p

Anonymous said...

laaa , igtkn awk dh kawin ^___^

Adam said...

oh. Betui. Sangat nonsense. Jgn bagi alasan cmtu kat mak ayah. kena marah sat g. ;P

Adam said...

Naz. hahahaa. Mak jawab, tang mane hang berjuang tuk negara haa??!!

Adam said...

Hehe. Belum la Najwa. :D

Anonymous said...

ckp tetibe alergi baju pengantin.....bole?gagagagaga

Miera Hassan said...

hak3..hang ni suka la berangan2....

Adam said...

Nanti ayah cakap, kalo cmtu, kita g awal la kenduri. Pengantin x dtg lagi. (Ayah panjang akal)

Adam said...

Hahaha. ye la miera. Kadang2 dalam nak menginsafi diri ni, kena berangan. ;P

ain said...

berangan bile dah kawen nnt la ni... like father like children... haha. nice entry adam.. :)

Ndeyla :) said...

kalau nanti anak anak tak nak ikut pergi kenduri takpe.

ini...kalo orang tak nak pergi kenduri kita sendiri cmne? :P

papabear said...

isk isk isk... ingatkan betul2 ada anak ramai tadi...

Adam said...

Hahaha. haah ain. tp ni teguran secara halus ni. sekarang, ramai ank2 cam malas je nak gerak bila parents ajak g kenduri kan. :)

Adam said...

Deyla. tu memang masalah besar la. sape nak makan sume makanan?

Adam said...

Papabear. ape nak buat.. :P ade rezeki, ramailah NANTI.

Fay said...

LOL! ma saya hari ni dah banyak pergi kenduri kahwin dah x larat la ni ma. *agak2 boleh pakai alsan ni?*

Hizami Li said...

erk.
zami jarang gi kenduri kawen.
kecuali kalau kawan2.
XB

Adam said...

Hahahaha. Fay. nnti ma jawab, sejak bilanye? Ma tengok kamu dok berbelog je haaa... :)

Adam said...

:D kira ada pegi ok la tu kan zami.. Tapi kalo parents ajak g, sekali sekala meh la g. hehe

Anonymous said...

hahaha..pndai la ayh kmu ni....
ehmmm....ckp la x dpt mkn mknan knduri...mlm td ad mmpi plik kate x leh mkn..hahahaha*okey mngarut

Sca Ndx said...

perhi, nnt kau kawin xda org dtg lak

rosamajid said...

Salam..

Hmm..Adam, kalu tak nak anak kamu ngelak x mau g kenduri. Kamu kena rajin2 g kenduri. Baru anak2 ikut kamuuu.."bapak aku suka gi kenduri, kata anak Adam..haha

Adam said...

Silah. hahaha. yela tu. :P

Adam said...

Sca. Tu la pasal. Kan dah insaf ni. :)

Adam said...

Waalaikumussalam Ros. :)

memang2. Sekarang ni rajin dah. Tak tinggal kenduri dah ni haa. Hahaha.

Unknown said...

haha slalu ckp malas je... :D

littletuffgirl said...

saya pun malas jugak pegi kenduri! :D

Unknown said...

hoho
malas gak g kenduri
baik dok umah stay dpn lappy
:p

mie said...

penuh alasan!!!
heheee

miza ismail said...

tag awak dlm jum berblogwalking!

miza ismail said...

http://mizamija.blogspot.com/2010/12/mari-berblogwalking-dengan-bloglarian.html

taw awak!

DeCrewz said...

Boleh la aku guna kesemua alasan ni bila ada kenduri nnt, mau kena baling ngan pinggan kepala aku nanti...hu3

Elin said...

ehh.. ingat dah kahwin.. hehe

NZ said...

anak: ma, kakak nak ikut la g kenduri. kakak suka tengok orang cantik-cantik dekat kenduri tu ma. kakak suka pelamin tu, kakak suka la makeup tu.
bla-bla-bla..

ma: kakak ni gatal nak kahwin dah ke?!

anak: mama tu yang tak sabar nak menantu kan??

Adam said...

zuan, zahra, hana.. :)

ahahaha.. malas2 pun, sekali sekala blh juge pegi kan. ;P

Adam said...

Mie. haha. macam2 la alasanye ea. :)

Adam said...

Okay mija! :) Thanks!

Adam said...

DeCrewz.. Hahaha. jgn dok guna. Ikut je parents g. :)

Liana. hehe. Belum2.

Adam said...

k. Nona.

hahahaah. lawak2.

mama terdiam la cmtu kan. ^^'

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...