Dia bukan siapa-siapa. Dia hanya manusia biasa yang punya kisah sendiri sama macam orang lain.
See, dia sama je macam manusia lain yang suka main hujan.
Lagipun, dia kata bila hujan boleh nangis, takde orang perasan.
Dia punya jiwa, dia punya hati. Tapi, dia bagi tau aku, dia dah bagi separuh hatinya pada orang lain.
See, aku dah cakap, dia bagi separuh, bukan semua. Kan berlubang separuh tu..
Pada aku, sia-sia je apa yang dia buat. Bukan dia dapat apa pun. Silap-silap, boleh mati macam tu je. Aku marah dia. Bila aku cakap macam tu, dia marah balik.
See, dia marah sampai mata dia keluar laser. Nasib bukan laser hijau. Betui, aku tipu. >,>
Aku tepuk, tepuk belakang dia, aku cakap, "Err, jangan marah, nanti kena jual."
Dia tarik nafas dalam-dalam kemudian dia cakap, "Aku bukan bagi terus pun hati aku tu. Aku bagi pinjam je."
Aku sengih-sengih sambil mencelupkan biskut ke dalam air koko aku. Malas mau bertekak dengan orang yang mabuk cinta. Aku merenung mata dia, sambil menghirup air koko.
Dia tarik nafas panjang lagi dan tiba-tiba tersedu-sedu.
"Syukurlah, tak sia-sia aku bagi separuh hati aku. Kan dah menang hari ni."
Aku tersedak kerana tercekik serdak biskut yang lembik dalam air koko.
Oh, dia bagi separuh hati kat pasukan Malaysia, si Harimau rupanya.
See, aku yang tertekan kerana takut dia mati gara-gara hati berlubang,
makin tertekan pulak dengan kucing-kucing yang cukup meminati aku.
-------------------------------------
Satu dah lepas, tinggal lagi satu
Apa-apa pun, tahniah
dan
Good luck Harimau! =D
-------------------------------------
Oh. Cuti dah nak habis. Sedih aku rasa. Sobs3x. Mau habiskan sisa-sisa cuti aku sebelum naik semester baru. T____T
No comments:
Post a Comment