Darjah Satu Dot.Dot.Dot.
Cikgu : Apa cita-cita kamu?
Adam : Cita-cita tu apa? Kawan baru Doraemon kah?
(Semua orang gelakkan dia. Ala, kawan-kawan dia yang pakat-pakat gelak tu pun, bukan tau cita-cita tu apa. Hampeh punya kawan! Ceh!)
Cikgu : Cita-cita tu, apa yang kamu nak jadi bila besar..
Adam : Ooo. Saya nak jadi Power Rangers Merah cikgu!
Smart gila kan! :D
Darjah Tiga Dot.Dot.Dot.
Cikgu : Cita-cita kamu apa?
Adam : Pelukis TERKENAL cikgu.
Cikgu : Cuba tengok sikit lukisan kamu.
Adam : (Sibuk melukis, lepas tu bagi lukisan kat cikgu.)
Lukis orang lidi je tau, ada hati nak jadi pelukis TERKENAL. Darjah Enam Dot.Dot.Dot.
Cikgu : Haa. Nah, isi ruangan cita-cita.
Adam : Emm, pilihan pertama-Saintis, kedua-Doktor, ketiga-Detektif (Tulis ngan yakin, muka penuh semangat, sambil fikir, "Perh! Memang pilihan Malaya la nanti!")
Cikgu : Muktamad?
Adam : Ya! Saya kunci lirik ini!(Sengih, sengih ala-ala kerang)
---------------------------------------
Demikianlah angan-angan dan impian
seorang kanak-kanak.
Tapi, apa nak buat,
satu pun tak jadi kenyataan.
TIDAK KESAMPAIAN CINTA KITA...
Apa pun, kanak-kanak itu tengah belajar bersyukur.
Sekian.
--------------------------------------.
Aku tertanya-tanya. Ada tak orang macam ni gak? :)
Btw, tahniah Malaysia! =D Angan-angan jadi kenyataan.
-Sedang berduka sedikit sebab tak dapat pegi Comic Fiesta. sobs3-
No comments:
Post a Comment