Aku punya satu cerita. Cerita yang aku simpan rapi dalam lipatan jiwaku, cerita yang aku tanam jauh di lubuk hatiku.
Ini cerita tentang seorang budak yang bernama Adam (bukan nama sebenar) yang tak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat straight A's dalam PMR.
Muka Adam happy gila waktu dapat results macam anjing ni.
Adam paling tak suka bermain dengan si angka, berkasih dengan si peta dan bercinta dengan si reka bentuk. Tapi, apakan daya, si angka, si peta dan si reka bentuk cukup suka akan dia. Maka, dengan itulah, dapatlah Adam menggapai kegemilangan.
Adam bangga dan suka tentunya. Siapa yang tak bangga? Siapa yang tak suka?
Adam masuk ke aliran sains. Kononnya, mahu menjadi doktor. Kononnya, mahu menggembirakan ibu dan ayahnya yang sangat mengharapkannya.
Adam mau jadi macam ni.
Tapi, Adam bukan adam yang dulu lagi. Adam dah berubah. Kelas bukanlah teman baiknya lagi. Adam macam chipsmore di dalam kelas.
Kejap ada, kejap takde.
Ya. Aku tau, bukanlah Adam berniat tidak mau belajar. Tapi, Adam terlalu cinta dengan si Ko-ku. Berminggu-minggu Adam tinggalkan kelas.
Aku sudah bilang dengan Adam, "Kalau sudah banyak tertinggal, wajiblah berdating lama dengan si buku".
Adam diam. Tiada reaksi apa pun.
Akhirnya, SPM menjelma. Adam gagal mengekalkan kegemilangan.
Ah! Aku tau Adam lulus SPM, tapi bukan dengan straight A's kan?
Adam diam lagi. Tiada reaksi.
Apa jadi selepas itu? Aku malas mau cerita dan Adam pun tak kasi tau.
Apa yang aku tau, Adam masih belajar, tapi bukan untuk menjadi doktor perubatan la.
Wish Adam the best of luck, will you?
------------------------------------------
Demikianlah kisah seorang budak yang pernah
dapat straight A's dalam PMR
TAPI
malangnya, tak dapat straight A's dalam SPM
------------------------------------------
Come on, walaupun dah dapat result yang cemerlang dalam PMR, tak semestinya akan cemerlang lagi dalam SPM. Bak kata seorang cikgu,
"Bila kau dah naik tingkatan 4, result PMR tu, tinggal je kat pintu pagar. Tak pakai dah weh. "
Pssst.. To my sister and my cousins :
Tahniah untuk results korang! I'm proud with all of you! =D Never give up and keep trying okay?!
Oh! Merry X'mas untuk siapa-siapa yang sambut! I'm a muslim and I love Jesus! =D
Aku dah dapat result exam aku gak. ^__^ *Grateful*
No comments:
Post a Comment