Setelah aku bagi tahu yang aku nak meminjam laci ajaib Doraemon, aku merasakan bahawa Doraemon TAK BOLEH WUJUD di dunia nyata ni.
1. Aku tak mau BERKONGSI Doraemon dengan orang lain. Err. Aku tau bunyinya agak kedekut. Tapi, kalau semua orang nak pinjam Doraemon, habislah aku. >,> (Muka kedekut)
Okay. Budak ni memang pemurah. Tapi bukan aku.
2. Bila Doraemon wujud kat dunia ni, aku tak boleh nak menikmati pemandangan yang indah-indah. Yela, kalau aku nak pergi mana-mana pun, boleh ikut pintu sesuka hati..
Pintu sesuka hati yang akan buat aku rasa macam JUMPER.
3. Aku MALAS nak GADUH dengan semua orang. Haiz. Doraemon kan ada satu je. Nanti kalau ada orang datang nak rebut Doraemon dengan aku macam mana? Aku takut aku mati kena bunuh pula, lepas tu kena bakar. Hishh. Seram aku.
Err.. Aku pun tak nak otak aku kena sedut, sedut macam tu.. Yekk!
4. Aku takut Doraemon akan jealous & sedih dengan kucing-kucing aku kat rumah. Kucing-kucing aku kan semua ada telinga, Doraemon je takde telinga.. Kesian dia.. Sobs3x.
Tengok, semua kucing aku kan ada telinga.
5. Duit aku akan habis beli DORAYAKI untuk Doraemon. -___-
(Sekali lagi, nampaklah kedekutnya aku.) Hohoho.
----------------------------------------
Aku suka Doraemon sebab dia selalu ada untuk Nobita.
Aku tau Doraemon tak boleh wujud kat dunia nyata, tapi aku nak pinjam semangat Doraemon yang tak pernah mengalah.
Psstt.. Aku SUKA sangat Dorayaki. Adakah ini tanda-tanda aku bakal bertukar menjadi Doraemon? -____-'
No comments:
Post a Comment