Pages

Friday, December 31, 2010

Sibuk sana, sibuk sini. Haish.

Sekarang ni, ramai orang tengah sibuk. Sibuk buat apa?

1. Sibuk men-download movie sebab nanti dah balik tempat study, internet lembab sama je macam waktu jalan jam kat KL.

Lembab sampai boleh tertidur. Ah! -.-'

2. Sibuk keluar masuk bank, bayar yuran. Ini biasanya parents, abang dan kakak la yang kena buat. Adik-adik pakat-pakat hulur je surat pasal yuran yang sekolah bagi.

3. Sibuk beli barang-barang nak bawak pergi sekolah @ kampus. Kalau adik-adik yang masih bersekolah ni, sibuk nak cari baju baru, kasut baru, beg baru. Haish, kalau boleh semua nak baru. -___-' (Habis duit.)
Biasanya, duit MAK AYAH la yang melayang. :) Thank you mom, dad.

4. Sibuk nak cari buku-buku rujukan baru. Ye la, konon-konon nak study dulu sebelum masuk kelas. Baru la senang nak faham bila belajar..
"Ingat, mak beli buku untuk kamu baca. Bukan suruh buat LAPIK MOUSE," kata mak.

5. Sibuk mengacau adik-adik dan bertekak dengan parents. Konon-konon, nanti dah naik belajar, tak boleh buat kacau dah.
Oh, kadang-kadang hidup ni kurang bermakna bila takde orang untuk dikacau.

6. Sibuk nak pasang azam baru. Padahal azam yang sekarang ni pun, tak menjadi lagi. Hohoho.
Buatlah list panjang mana pun, tapi, kalau HANGAT-HANGAT TAIK AYAM, satu pun tak jadi. Haiz.

Tapi, sesibuk mana pun kita, ini mesti mau ingat..

Berdoa dan memohonlah pada-Nya. Moga-moga hati seputih baju sekolah baru. :D

Sekurang-kurangnya, aku masih lagi bernafas dengan normal sekarang. :)

Ya. Senyum.. Mesti nampak comel macam budak kat atas ni. Percaya la.
----------------------------------------------
Kadang-kadang aku rasa macam
tak cukup tangan, tak cukup masa je
nak buat macam-macam benda.

Mungkin itu tandanya
aku tak pandai hargai masa.

Kadang-kadang aku rasa nak berhentikan masa,
supaya aku dapat bersuka ria.

Mungkin itu tandanya
aku takut hadapi hari-hari yang mendatang.
----------------------------------------------

P.S : Cakap senang, nak type mudah, nak buat susah.

P.S.S. : Thank you Uncle Google for pictures.

P.S.S. : Oh, aku lupa. TAHNIAH Harimau! =D

Monday, December 27, 2010

Aku marah sebab takut dia mati gara-gara hati berlubang.

Dia bukan siapa-siapa. Dia hanya manusia biasa yang punya kisah sendiri sama macam orang lain.
See, dia sama je macam manusia lain yang suka main hujan.
Lagipun, dia kata bila hujan boleh nangis, takde orang perasan.

Dia punya jiwa, dia punya hati. Tapi, dia bagi tau aku, dia dah bagi separuh hatinya pada orang lain.
See, aku dah cakap, dia bagi separuh, bukan semua. Kan berlubang separuh tu..

Pada aku, sia-sia je apa yang dia buat. Bukan dia dapat apa pun. Silap-silap, boleh mati macam tu je. Aku marah dia. Bila aku cakap macam tu, dia marah balik.
See, dia marah sampai mata dia keluar laser. Nasib bukan laser hijau. Betui, aku tipu. >,>

Aku tepuk, tepuk belakang dia, aku cakap, "Err, jangan marah, nanti kena jual."

Dia tarik nafas dalam-dalam kemudian dia cakap, "Aku bukan bagi terus pun hati aku tu. Aku bagi pinjam je."

Aku sengih-sengih sambil mencelupkan biskut ke dalam air koko aku. Malas mau bertekak dengan orang yang mabuk cinta. Aku merenung mata dia, sambil menghirup air koko.

Saturday, December 25, 2010

Weh, tinggal kat pintu pagar je result tu. Dah tak pakai dah!



Aku punya satu cerita. Cerita yang aku simpan rapi dalam lipatan jiwaku, cerita yang aku tanam jauh di lubuk hatiku.

Ini cerita tentang seorang budak yang bernama Adam (bukan nama sebenar) yang tak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat straight A's dalam PMR.
Muka Adam happy gila waktu dapat results macam anjing ni.

Adam paling tak suka bermain dengan si angka, berkasih dengan si peta dan bercinta dengan si reka bentuk. Tapi, apakan daya, si angka, si peta dan si reka bentuk cukup suka akan dia. Maka, dengan itulah, dapatlah Adam menggapai kegemilangan.

Adam bangga dan suka tentunya. Siapa yang tak bangga? Siapa yang tak suka?

Adam masuk ke aliran sains. Kononnya, mahu menjadi doktor. Kononnya, mahu menggembirakan ibu dan ayahnya yang sangat mengharapkannya.
Adam mau jadi macam ni.

Tapi, Adam bukan adam yang dulu lagi. Adam dah berubah. Kelas bukanlah teman baiknya lagi. Adam macam chipsmore di dalam kelas.
Kejap ada, kejap takde.

Ya. Aku tau, bukanlah Adam berniat tidak mau belajar. Tapi, Adam terlalu cinta dengan si Ko-ku. Berminggu-minggu Adam tinggalkan kelas.

Aku sudah bilang dengan Adam, "Kalau sudah banyak tertinggal, wajiblah berdating lama dengan si buku".
Aku suruh Adam dating dengan buku macam ni.

500 Blog


Dah lama aku tak main cari-cari harta karun. Last aku main rasanya, waktu zaman sekolah-sekolah dulu la. Jadinya, aku rasa nak mainlah jap. =D

Tapi, sayangnya, bukanlah cari harta karun kat dunia realiti, tapi yang ni kat dunia maya..


Siapa-siapa yang nak masuk cari-cari harta karun, meh la masuk. Tekan je sini, lepas tu ikut arahan kat sana.. ^____^

Thursday, December 23, 2010

Kenapa?!



Bukan aku benci padamu,
Bukan aku dengki padamu,
Bukan aku dendam denganmu,
Tapi, fahamilah,
Aku takut pada geloramu,
Aku takut pada apa yang ada di dalammu,
Andai aku dikejar jerung atau ular si pencinta nyawaku,
Bagaimana aku bisa lari?
Sedangkan yang bisa berenang jua tewas,
Inikan pula aku yang tak tau.


Aku baru balik dari Kem. Macam2 aku dapat.

Tapi, aku paling suka part masuk dalam air.

Aku memang tak tau berenang. Tapi, apa susah, Buoyancy Aid kan ada. Hehe. [Oh, ini bukan aku.]

(Klik gambar untuk zoom)
Sebelum berkayak, ada water confident. Budak-budak phobia air dilarang masuk.

[Oh. Ini pun bukan aku.]


Berkayak memang seronok, tapi penatnya, tak usah cakaplah. [Oh, ini pun bukan aku lagi.]

Sampai rasa sakit belakang berkayak. Mungkinkah aku perlukan panadol extend?
Ah! Mengada. Dasar anak manja! Haiz.
[Ini lagilah bukan aku.]

Apa-apa pun, aku rasa seronok!

EH, JAP! Tapi, aku tak puas hati satu je.

KENAPA TAKDE ORANG AMBIL GAMBAR AKU TENGAH BERKAYAK HAA?! T___T
KENAPA?!! Ah! (Muka tension + tak puas hati!)

Monday, December 20, 2010

Tidak kesampaian...


Darjah Satu Dot.Dot.Dot.

Cikgu : Apa cita-cita kamu?

Adam : Cita-cita tu apa? Kawan baru Doraemon kah?

(Semua orang gelakkan dia. Ala, kawan-kawan dia yang pakat-pakat gelak tu pun, bukan tau cita-cita tu apa. Hampeh punya kawan! Ceh!)

Cikgu : Cita-cita tu, apa yang kamu nak jadi bila besar..

Adam : Ooo. Saya nak jadi Power Rangers Merah cikgu!
Smart gila kan! :D
Darjah Tiga Dot.Dot.Dot.

Cikgu : Cita-cita kamu apa?

Adam : Pelukis TERKENAL cikgu.

Cikgu : Cuba tengok sikit lukisan kamu.

Adam : (Sibuk melukis, lepas tu bagi lukisan kat cikgu.)
Lukis orang lidi je tau, ada hati nak jadi pelukis TERKENAL.

Thursday, December 16, 2010

From Hogwarts with love. =D



Aku ada kawan. Nama dia tak-boleh-disebutkan, a.k.a. Voldermort.

Kawan aku pesan, dia kata, jangan jadi jahat macam dia.

Dia kata, kalau jadi jahat macam dia, susah.

Dia kata, kalau jadi jahat macam dia, orang semua benci.

Dia kata, memangla orang jahat kadang-kadang selalu menang, sebab orang jahat main tipu.

Dia kata, kalau jadi jahat macam dia, kena ada tongkat ajaib yang kuat.

Dia kata, kalau takde tongkat ajaib yang kuat, tak boleh jadi jahat macam dia.

Dia kata, dia kata, ah. Aku pun dah tak ingat. Banyak sangat dia kata.

Ini bukan kucing aku, tapi aku nak tidur macam kucing tu. Penat nak hafal apa kawan aku kata.

Bye!

From Hogwarts with love,
Adam

Tuesday, December 14, 2010

5 Sebab kenapa Doraemon TAK BOLEH WUJUD kat dunia nyata ni.



Setelah aku bagi tahu yang aku nak meminjam laci ajaib Doraemon, aku merasakan bahawa Doraemon TAK BOLEH WUJUD di dunia nyata ni.

1. Aku tak mau BERKONGSI Doraemon dengan orang lain. Err. Aku tau bunyinya agak kedekut. Tapi, kalau semua orang nak pinjam Doraemon, habislah aku. >,> (Muka kedekut)
Okay. Budak ni memang pemurah. Tapi bukan aku.

2. Bila Doraemon wujud kat dunia ni, aku tak boleh nak menikmati pemandangan yang indah-indah. Yela, kalau aku nak pergi mana-mana pun, boleh ikut pintu sesuka hati..
Pintu sesuka hati yang akan buat aku rasa macam JUMPER.

3. Aku MALAS nak GADUH dengan semua orang. Haiz. Doraemon kan ada satu je. Nanti kalau ada orang datang nak rebut Doraemon dengan aku macam mana? Aku takut aku mati kena bunuh pula, lepas tu kena bakar. Hishh. Seram aku.
Err.. Aku pun tak nak otak aku kena sedut, sedut macam tu.. Yekk!

4. Aku takut Doraemon akan jealous & sedih dengan kucing-kucing aku kat rumah. Kucing-kucing aku kan semua ada telinga, Doraemon je takde telinga.. Kesian dia.. Sobs3x.
Tengok, semua kucing aku kan ada telinga.

5. Duit aku akan habis beli DORAYAKI untuk Doraemon. -___-
(Sekali lagi, nampaklah kedekutnya aku.) Hohoho.
----------------------------------------

Aku suka Doraemon sebab dia selalu ada untuk Nobita.

Aku tau Doraemon tak boleh wujud kat dunia nyata, tapi aku nak pinjam semangat Doraemon yang tak pernah mengalah.

Psstt.. Aku SUKA sangat Dorayaki. Adakah ini tanda-tanda aku bakal bertukar menjadi Doraemon? -____-'

Monday, December 13, 2010

Doraemon, PINJAMKAN MESIN WAKTU. Aku nak jadi KANAK-KANAK!



Doraemon, oooo Doraemon.
(Panggil sambil buat muka comel)
Ceh, dia sibuk mengadap surat cinta dia pula. -___-''

Doraemon! Aku nak pinjam mesin waktu ni.
Aku nak masuk dalam laci ajaib tu.

Aku rindu nak jadi kanak-kanak balik.

Tolonglah Doraemon! (Buat muka comel, bulatkan mata hitam)

Doraemon pun angguk dan aku pun suka!
(Terus masuk dalam laci ajaib)

CUT, CUT, CUT!
-----------------------------------
+Doraemon tak wujudlah! Sedarlah wei!

-Sobs3x. Aku rindu zaman kanak-kanak aku..

+Masa tak boleh berpatah balik.

-Aku tau. Cuma aku rindu je.

+Takpelah. Simpanlah kenangan yang terindah dalam hidup kau elok-elok.

-Ya.

+Hidup baik-baik.

forever Pictures, Images and Photos

Live on! =D

Friday, December 10, 2010

TERIMA KASIH



Dulu, aku selalu marah, marah dia.
Cakap itu, cakap ini.
Kalau aku marah, muka comel macam ni takpe juga. >,>

Tapi, aku tengok dia sabar je dengan aku.

Boleh je dia dengan muka riang gembiranya, main, main dengan aku lagi.
Boleh je dia dengan muka comelnya, cakap, cakap dengan aku.

Ya. Aku mengaku, kadang-kadang aku tersentuh dengan dia ni.

Dia buat aku gembira.
Dia buat aku gelak macam waktu tengok Raja Lawak.

TAPI

Sekarang dia dah takde.
Dia pergi depan mata aku.

Aku TAK SEMPAT pun nak ucap TERIMA KASIH kat diaaaa.

Aku rindu kau la Blackie!

Terima kasih sebab kau selalu ada untuk aku.
Aku maafkan kau sebab cakar, cakar aku dulu. sobs3x.

Terima kasih, Blackie.
---------------------------------
Itulah kisah aku berkaitan dengan terima kasih.
Blackie meninggal dalam kemalangan.
Meninggal kena gelek kereta sampai mata terkeluar.
Aku sedih ni! :(
---------------------------------
Entri ni untuk segmen TERIMA KASIH.
Ucapan terima kasih ni satu benda yang simple tapi kadang-kadang ramai orang susah nak sebut. Haiz. Entahlah. Kadang-kadang aku pun terlupa nak ucap terima kasih.

Aku suka duduk dengan orang yang tak berat mulut nak cakap terima kasih ni. Sebab, lama-lama aku pun boleh terikut. ;)

Jadinya, nak semai terima kasih ni, boleh la melalui teladan kan.
Err. Shin Chan suka tak cakap terima kasih? Sebab budak2 sekarang suka shin can, termasuklah aku. hehe.

Aku paling tersentuh orang ucap terima kasih, bila aku sibuk, sibuk tengah dok sental lantai waktu gotong-royong kat kolej, ada orang ucap terima kasih. Ingat senang ke, nak basuh lantai? Nampak benda tu macam kecil, tapi aku tetap hargai. =D

Oh. Aku belum ucap terima kasih kat orang2 yang aku sayang hari ni sebab datang dalam hidup aku. Okay! Nak pergi ucap sekarang, sebelum terlambat... Huhu
---------------------------------
Oh. TERIMA KASIH untuk kamu,kamu juga! :)

*Gambar di atas bukan blackie, tapi puppy. Diambil dari sini.

I don't want to be a BROKEN ANGEL anymore.




Just let me fly.

Just let me go.


I don't want to be a broken angel anymore.

Weakness not gonna be my best friend anymore.

Tears not gonna be my best friend anymore.

It's not gonna be hurt anymore.

Everything gonna be okay.

Just believe me.

Come and save me,
-Broken Angel-
--------------------------------
Broken Angel can be me, you or anyone else.
When felt like wanna die, like wanna fall apart,
STOP being a broken angel. Live on!
Be your own life saviour.
--------------------------------


*Aku rasa lagu ni SEDAP. =D Oh, aku pun tak nak jadi broken angel. Sedih woo, kalau jadi broken angel.

Thursday, December 9, 2010

KENAPA kau LAHIR haa? -_____-'



Aku hairan. Kenapa ya, kau lahir kat dunia ni?

Aku pelik. Kenapa ya, kau datang dalam hidup aku?
Err.. Muka kau camni ke waktu dulu? Haha. Aku tak ingat sebab aku sibuk cari pasal dengan kau.

Oh, aku dah tau jawapannya.

Sebab kau nak jadi adik aku kan? Hahahaha.

Banggalah cepat, sebab dapat jadi adik aku.

Beruntung kau dapat jadi adik aku tau. (Sengih, sengih penuh perasan)

Maaflah, sebab kau tak dapat gaduh dengan aku lagi hari ni.

Jadi, kalau kau rasa, rasa macam nak gaduh dengan aku lagi, silalah balik cepat, cepat.

dan..

SELAMAT HARI LAHIR untuk KAU

BUYONG si adik aku yang bertuah! (Bertuah sebab jadi adik aku. hehe)

------------------------------

Oh, ya. Kat sini tengah hujan. Sejukkkk, sedap sambung tidur balik ni. :) Kat sana hujan tak? Kalau hujan.... Nah, amik ni :
Pilih je mana satu kau nak. Tapi, PAYUNGKAN diri sendiri la.. Kau kan JAUH.

Elok, eloklah kau kat situ. :) Kalau SESAT, cari jalan balik sendiri.

Wednesday, December 8, 2010

Bintang itu sepi tanpa malam



Bintang itu termenung sendirian
Tertanya-tanya bilakah malam akan datang

Bintang bertanya pada matahari
"Mana bulan? Malam tiada tanpa bulan."

Matahari hanya diam membisu
Tak tau mau berkata apa

Bintang bertanya pada langit
"Bila mau gelap?"

Langit juga diam membatu
Bingung mendengar lontaran jiwa sang bintang

Cakerawala sunyi sepi
Tiada yang berbunyi berlagu riang lagi

Bintang tersinggung hatinya
Tak mau bercahaya lagi
Kerana bintang itu sepi tanpa malam

---------------------------------------
Itu kata bintang yang hairan melihat
manusia tidak menghargai malam,
sedangkan bintang itu sepi
tanpa malam
Sekian.
-------------------------------------

SAYA : Oh bintang. Manusia itu bukan tidak menghargai malam, tapi mungkin dia insomnia? Siapa tahu kan?

Tuesday, December 7, 2010

Oi. Oi. Budak JAHAT TAK SEMESTINYA selama-lamanya JAHAT!



Ah! Aku sakit hati.

Rasa sakit hati aku, sama macam bila aku tengok orang lain NAK REBUT MAINAN aku waktu kecik2 dulu.

Ya! Aku BUDAK JAHAT!


Apa? Apa, Kau ingat, BUDAK JAHAT akan selama-lamanya jahat!


Oi. Oi. Budak Jahat TAK SEMESTINYA selama-lamanya jahat!


Oi. Oi. Budak Jahat TAK SEMESTINYA selama-lamanya jadi SETAN!

I am not a rotten egg.


Oi. Oi. Budak jahat TAK SEMESTINYA masuk NERAKA!


Ya! Siapa tau apa yang AKAN JADI pada aku?


Kau tau?

Oh! Kau BUKANNYA PAUL si octopus tu pun, yang konon tahu MASA DEPAN ORANG.

Aku PASTI ini bukan kau, kan? :)


Hari ini, aku budak jahat, hari esok, mungkin aku BUDAK BAIK.


Ini bukannya kisah CINDERELLA yang MAK TIRINYA memang kejam sampai ke akhir.

Aku bukan CINDERELLA, tapi aku TAK SUKA mak tiri dia.


Ini bukannya kisah ULTRAMAN yang RAKSASANYA memang jahat sampai ke akhir.

Tengok, kan ULTRAMAN nak tumbuk RAKSASA tu. Aku TAK NAK kena tumbuk!


Ini kisah MANUSIA yang boleh BERUBAH HATINYA, macam kisah SPIDERMAN.

Aku tau, aku TAKKAN TEMUI cahaya, kalau aku TAK CARI.

Tapi, sekurang-kurangnya, BERI KEPERCAYAAN kepada aku.

Ya, kepada aku, SI BUDAK JAHAT yang MUNGKIN BERUBAH.


Yang MAU jadi BAIK,

Budak Jahat

------------------------------------------

Dipetik dari diari seorang budak jahat. Sekian.

------------------------------------------

Salam Maal Hijrah!

“Hijrah dengan sebenar-benar hijrah”

*Cakap senang, nak buat susah. Ingat senang ke nak cari cahaya yang betui bila mata dah RABUN. Haiz. Tapi, kalau duduk tempat yang sama je, sampai bila pun tak jumpa cahaya. Lagipun, Aku TAKUT GELAP!

Monday, December 6, 2010

DOUBLE TAGs. =)

Muka semangat nak jawab TAG 1 dari Kak Moon dan Nafisah!! =) Thank youuuu Kak Mooooonnnn!
I miss you too Nafisah! ^_^

1. Pernah tak anda rasa hot?

Ada. Waktu nak menjelma jadi Sailormoon! (TIPU je.)


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3. Cerita pasal wallpaper tersebut.

Ada kucing yang tengah tidur kat atas piano. Kucing tu PENAT dah belajar main piano, jadi dia berhenti REHAT kejap, lepas tu, BARU SAMBUNG BALIK. Kucing yang tak putus asa. J


4. Bila kali terakhir anda makan Pizza?

Entah. Tak ingat dah. Lama tak makan dah.


5. Lagu paling terbaru anda dengar.

Without a word.


6. Apa yang ada buat selain menyelesaikan tag ni?

Dengar lagu sambil MARAH kucing sebab nak curi ikan. -____-‘’


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

Rocky, Doraemon, Mi. Kenapa ea takde orang panggil KAMEN RIDER ke, NARUTO ke.. Sobs3x.

Siapa kata HIDUP TAK BEST?! AKU KATA!



+Siapa kata hidup ni tak best?!

-Akulah kata! Tak best bila aku gaduh teruk dengan adik aku.
Teruk tau!

+Siapa kata hidup ni tak best?!

-Akulah kata! Tak best bila aku asyik kena marah dengan parents aku.
Tapi parents aku bukan THE HULK.

+Siapa kata hidup tak best?!

-Akulah kata! Tak best bila orang kata aku tak berguna.
Sedih sampai aku asyik renung kasut kat luar rumah je..


+Siapa kata hidup tak best?!
-Akulah kata! Tak best bila aku tak dapat download cerita yang nak tengok sampai habis.


+Siapa kata hidup tak best?!
-Ah! Kan aku kata, AKULAH yang kata HIDUP TAK BEST! Faham tak, HIDUP TAK BEST!


+Oh. Kau nak ORANG2 yang kat atas tu MATI?
-TAK! Aku SAYANG semua orang tu.


+Habis, KAU nak mati?
-Takdela. Aku TAKUT masuk neraka. Huuu~


+Hidup kan TAK BEST?

-Tak best sebab aku yang MENGALAH SEBELUM BERJUANG.
-Tak best sebab aku yang TAK BELAJAR HARGAI HIDUP.
-Tak best sebab aku takde semangat macam NARUTO!

Hidup ni best sebenarnya kan? :) Appreciate our lives. Live on whatever it is.

Nak BUNUH DIRI? Silalah. Terjun bangunan ala-ala superman ke, bawa kereta laju2 ala-ala batman ke.. Tapi, nanti kalau senyuman orang2 yang kau sayang dah takde, salah akukah?

Sunday, December 5, 2010

Sudah jawab yang Adik Nik TAG. :D

Thanks for the tag Adik Nik. Maaf ea lambat jawab.. :)


1) Selalu bangun pukul berapa?

Ada la. Kadang2 awal, kadang2 lambat. (sengih2)


2) Ramai kawan lelaki ke perempuan?

Ramai yang sama jantina. (Rasanya. Hoho)


3) Bila 1st time bercinta?

Sejak dalam perut mak. Bercinta dengan mak, bercinta dengan susu mak. :P


4) Tau memasak ke tak? masak apa? (paling superb la yang anda tau masak)

Tau. Tapi takde la pandai manapun. Paling superb? Masak air.


5) Perkara paling lucu yang pernah berlaku dalam hidup anda.

Tersalah masuk dalam kereta orang lain. I thought it was my dad. But then, stranger! -.- Malu. Tapi bila ingat balik, rasa cam lucu sangat.


6) Perkara paling gila anda buat.

Entah. Haa. Jap2. Panjat loker yang ada kat hostel waktu dulu2. Susun tilam kat bawah banyak2, lepas tu, terjunnnn! Best! Rasa macam superman! J

Tapi yang tak bestnya, mak tetiba je muncul kat depan pintu bilik. -_____-‘ Time tengah buat nakal juga la, mak nak datang. Haish!

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...