Pages

Tuesday, November 30, 2010

Risiko : PEMINAT FANATIK kita. Kan, kan, kan?

Risiko. Ada kat mana-mana pun. Kan, kan, kan?

Kita duduk kat rumah sendiri pun dia ada, kita duduk luar rumah kita pun dia ada, kita duduk sorang2 kat dalam tandas pun dia sibuk nak ikut.. Dalam erti kata lain, RISIKO ni, memang PEMINAT FANATIK kitalah kannnn.. (Senyum bangga sampai kembang2 hidung)
Risk is like a shadow, which will follow us, wherever we go..

Risiko ni apa sebenarnya? Pakcik Wikipedia kata, risiko ni ialah kebarangkalian berlakunya sesuatu, tak kiralah sama ada yang buruk atau yang baik.

Tapi risiko ni, biasanya mesti dikaitan dengan sesuatu yang negatif.

Apa sahaja yang kita buat mesti ada risiko.
---------------------------------------------
CONTOH 1 :

Kita bela kucing jantan yang comel macam ni :
Dan banyak bulu sampai sedap nak peluk macam ni :
Lepas tu, kita bagi kucing kita kebenaran untuk dia berjalan-jalan, bersiar-siar kat mana-mana dia nak..

Ada risiko yang kita kena tanggung kan? Sebab kucing kita mungkin akan CEDERA, gara-gara terlanggar kereta sebab terlalu asyik MERENUNG kucing betina yang kat seberang jalan..

Kalau nasib kita tak berapa nak baik, kucing kita mungkin akan PERGI JAUH-JAUH tinggalkan kita.. (Macam kucing aku.) sobs3x..

Lepas tu, ada orang tanya,
"HABIS TU, TAKKAN NAK KURUNG JE KUCING KITA tu.."
Err. Boleh je kalau kau nak kurung kucing kau. Takde masalah punya.

Kurungkan kucing kau kat dalam sangkar yang macam ni :
Memang SAH, kucing kau akan selamat daripada kena langgar.

TAPI, kucing kau MUNGKIN meninggal :

1. Gara-gara kesepian sebab takde kawan untuk bermain police entry..

2. Gara-gara kelaparan sebab kau terlupa nak pesan kat bibik suruh bagi makanan waktu kau tengah bersuka ria di dalam negara..

Haa. Jangan salahkan AKU. Itulah risiko kalau kau nak kurung kucing dalam sangkar.
--------------------------------------------
CONTOH 2 :

Mak KAU kata, "Pami, jangan naik motor.. Bahaya."

Tapi kau kata, "Takpe mak.. Takde apa2 punya.."

Lepas tu, kau pun naiklah motor dengan penuh yakin pergi MASJID.

Sekali, belum sempat orang habis solat Isyak, kau dah BALIK rumah dengan terhenjut-henjut, luka sana, sini, darah mengalir macam air yang keluar dari tempayan yang pecah..(macam ADIK aku. Syukurlah cedera ringan!)

Itulah risiko yang kau kena tanggung... Tambah2 pulak, orang cakap, kemalangan tak berbau harum dan tak juga berbau busuk..
---------------------------------------------
KESIMPULANNYA :

Hidup kita ni PENUH dengan risiko. Kadang-kadang, kita akan hilang keyakinan, rasa sedih dan rasa macam jantung nak terkeluar dari badan.. Tapi itulah hakikatnya,RISIKO TETAP RISIKO.
Sesuatu yang kita terpaksa hadapi.

Kita tak tau apa yang akan jadi dalam hidup kita. Kadang-kadang kita SUKAR nak buat pilihan, sebab TAKUT dengan apa yang akan jadi. Kita TAKUT NAK AMBIL RISIKO.

Tapi, kita kena juga buat pilihan, satu hari nanti. Sejauh manapun kita lari, setinggi manapun gunung kita daki, semata-mata nak lari dari buat keputusan, kita KENA juga BUAT KEPUTUSAN, AMBIL RISIKO yang ada.

Sentiasalah ingat TUHAN dan BERTAWAKAL.

Bagi yang percaya pada Allah, baca ini selalu ea.. :)
"Dengan menyebut nama Allah, aku menyerahkan diriku kepada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah sahaja"

Risiko ada di mana-mana. Risiko takkan lepaskan kita. Sebab risiko PEMINAT FANATIK kita.
Jangan lupa tu.. ;)

Moga risiko yang BAIK itu selalu ada dengan kita! :D
Risiko yang BURUK, sila pergi jauh-jauh dari kami! THANK YOU!


May Allah bless us!

7 comments:

nona nadnordin said...

i love miow!

PrINCeSz YaNa said...

ader award utk kamoo

A.D.A.M. said...

nona, kte pun! ^__^

yana, thank youuu! ;)

♥ Cheenta ♥ said...

kucing2 comey2 heheheh :)
melawat kawan2 ehehhe

A.D.A.M. said...

hehe. kucing mmg comel! :D

nurhafieza said...

meow meow meow , comel . rasa nak hug hug :)

A.D.A.M. said...

Jom2. :D Sayang kucing!

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...