Pages

Thursday, November 11, 2010

Hari yang macam LOLIPOP

Hari ni, hari yang macam lolipop.. Ala, lolipop yang warna warni tu..
Warna-warni kan, kan, kan? :)


Warna-warni sebab hari ni ada macam2 rasa yang datang..

Ada rasa yang seperti ini :
Macam ni :


dan macam nie jugaaa :

Orang kata, hidup kita tak meriah kalau ada satu warna je..

Kalau hari ni, ada benda yang kita paling benci, esok hari, mungkin benda tu akan jadi benda yang paling kita suka..

Kalau hari ni ada benda yang mendatangkan marah pada kita, hari esok, mungkin benda tu akan menyebabkan kita ketawa..

Susah kan nak jangka? Ya! Orang putih kata, unexpected!

Kita mungkin tau rasa apa yang ada di hati kita sekarang ni, tapi, kejap lagi, esok, belum tentu rasa itu masih sama.. Sebab rasa itu mungkin berubah..

Contoh la kan, tadi gua rasa macam sedih je.. Tetiba, sekarang ni dah rasa gembira..

Kadang2 kan bila sedih, kita kena buat sesuatu yang boleh buat kita lega sikit.. :)

Tadi bila rasa macam sedih, gua baca komik!

Haaa. Ni la komiknya!

Cerita dia memang merepek! Tapi, alhamdulillah, boleh buat gua gelak guling-guling.
(TIPU je. Takde la sampai guling2 sebenarnya. Hohoho)

Orang kata, tak guna kalau sedih lama2.. Orang juga kata, jangan terlalu gembira.. Hidup kena bersederhana kan? :)

Apa2 pun, orang juga kata, kita kena ingat TUHAN selalu. Barulah hidup ni penuh dengan warna-warna yang menarik! (Walaupun warna tu kadang2 pudar je.)

Tak kisahlah kan..Apa yang penting, memang jelas hidup ni warna warni.
Macam LOLIPOP!


Credits to :
1. Farah Husna for the comic!
2. Ada sebab tolong ambilkan komik kat bilik Farah.. Hahaha. ;)

4 comments:

syahim said...

heeeee btul laa hidup xkn indah klu ade satu warne jee.....

A.D.A.M. said...

Hehe. Nak lolipop! ^^

Hana to Akuma said...

sya maw komik itu jugaaaa!!!

A.D.A.M. said...

Heee~ dtg sini. pinjam kwn kte. :P

tp serious lawak!

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...