Pages

Monday, May 31, 2010

Mereka Kejam!!


Macam yang kita mungkin tahu, atau mungkin tidak tahu, satu Kapal Turki, 'MAVI MARMARA' ialah satu kapal yang merupakan talian hayat kepada rakyat Palestine.

Kapal 'MAVI MARMARA' nie membawa segala keperluan asas mcm makanan dan ubat2 untuk rakyat Palestine.

Malangnya, tentera Israel yang tak berperikemanusian, pergi serang pulak kapal tue..

Allah, kan kesian kat rakyat2 kat Palestine. Aku tertanya-tanya, kenapalah mereka nie, sanggup menjadi manusia yang tidak berjiwa manusia.. Haiwan sekalipun, ada rasa kasihan kat kawan2 haiwan dia yang lain.. Tapi kenapa mereka, senang2 je, menyerang kapal yang bukannya membawa apa2 pun, melainkan keperluan asas dan semangat2 untuk rakyat Palestine.

Oh! Kejam! Sungguh kejam!

Tapi, aku juga tertanya-tanya, entah apa yang boleh aku lakukan di sini.. Huhuhuhu.. Hanya doa je yang mampu aku kirimkan.. Semangat?? Aku jua meminjam semangat dan kekuatan rakyat Palestine..

Kawan aku kata, "Mehla baca qunut nazilah ramai2. Qunut nazilah nie, doa yang sesuai dibaca waktu saudara2 kita nie, ditimpa musibah."



Moga rakyat2 Palestine dan orang2 yang nak datang membantu mereka sentiasa kuat!

P.S : Apakah yang dah aku lakukan untuk Islam? Apakah yang aku dah lakukan untuk saudara2 seislamku? Aku jua tertanya-tanya.... t.t

Maklumat lanjut : EnglishAl-Jazeera.Net

No comments:

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...