Pages

Saturday, May 15, 2010

Adakah Dia di hatiku?

Walau diri sering alpa,
Walau dibeban segunung dosa,
Walau jauh dari rahmat-Nya.
Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sebentar..
-H.A-

Terfikir sejenak hari nie. Kumerasakan yg kumakin jauh dari-Nya..

Seorang muslim yg baik sepatutnya ialah seorang yg sentiasa berusaha untuk melakukan yg terbaik dalam setiap aspek..

Seorang muslim yg baik ialah seorang yg sentiasa menjaga masanya, someone who never puts off something until tomorrow.

Seorang muslim yg baik ialah seorang yg sentiasa mencintai kebersihan dan keindahan.

Seorang muslim yg baik ialah seorang yg sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain, selagi mana ia tak bertentangan dengan kehendak Dia.

Seorang muslim yg baik ialah seorang yg mahu masuk ke syurga bersama-sama dengan orang lain, tidak pentingkan diri sendiri.

Seorang muslim yg baik ialah seorang yg sentiasa mencari jalan untuk mencapai redha-Nya.

Namun, aku bukan seperti itu..

Kak Shima pernah cakap,

"Hidayah itu milik Allah, tapi Hidayah tue takkan datang bergolek. Kita yg kena cari Hidayah itu."

Aku masih lagi dalam kembara mencari cahaya itu.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, adakah Dia di hatiku?
Ucapan Syahadahku, adakah ianya sekadar lafaz? Aku masih mencari jawapan itu.

Aku budak baru belajar. Belajar mengenal erti hidup. Moga akan kutemui cahaya itu, kerana aku tak mahu terus hidup dalam kegelapan. Aku mahu hidup dalam cahaya bersama-sama orang lain gak. :) Aku juga mahu Dia berada di hatiku. Aku mahu Dia ada dalam setiap hela nafasku. Mampukah aku?

-Mohon tunjuk ajar-

p/s : Sekali-sekala, kena bangun dari mimpi yang panjang. Sedarlah duhai diri. ^^''


No comments:

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...