Pages

Monday, October 18, 2010

Kau dan Aku berbeza

Kau dan Aku berbeza..

Kita tidak serupa..

Cara kau bercakap berbeza dengan aku..

Tapi kerana kita tidak serupa, aku merasakan kau antara insan baik yang pernah aku temui.

Kerana perbezaan kita tidak membawa apa2 erti dalam ikatan ini.

Kerana padaku, kita saling terima apa adanya, walaupun kadang2 hati kecilku geram dengan perbezaan ini..

Kau pernah buat aku tertawa. Kau pernah buat aku tersenyum. Hadirnya kau, membawa sesuatu dalam hidupku.

Tapi sekarang aku tahu, kita memang berbeza dan tak boleh bersama dalam ikatan ini..

Kerana kita tak mampu untuk saling fahami..
Kerana kita tak mampu untuk saling mengerti..
Perbezaan kita telah menjadi satu garis pemisah antara kita..

Tahukah kau apa yang ada di hatiku ini? Alangkah bagusnya andai aku boleh membiarkan kau membaca apa yang ada di hatiku.. Alangkah bagusnya andai aku mampu menyatakan apa yang tersirat..

Aku tahu maaf yang aku hulurkan padamu tak memberi apa2 erti.. Aku bukan seorang yang tahu bermadah pujangga secara lisan, tak mampu menyatakan apa yang kurasa secara lisan.. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih mampu bermadah pujangga dan menyatakan apa yang di hatiku melalui cara ini..

Katakanlah apa sahaja tentang aku.. Kerana aku tahu bukan salah kau kerana kau bukanlah seseorang yang boleh membaca isi hati orang, sama seperti aku.

Aku tahu kau terluka. Tapi ketahuilah, aku jua terluka.. Aku jua menangis.

Apa2 pun, aku bukanlah manusia yang baik. Kau juga tau itu bukan?

Kerana itulah, aku ingin memohon maaf kepada kau sekali lagi.

Kerana aku bukan manusia baik, maka, kau dan aku terluka.

Maafkan aku duhai kawan.



No comments:

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...