Pages

Wednesday, July 14, 2010

Kerana satu mesej..

Handphoneku berlagu dengan girang sekali..

Cepat2 kucapai handphoneku..

“Oh.. Syuhada rupanya..”

Pernah satu ketika, seorang sahabat memberitahu Rasulullah akan rasa sayangnya kepada sahabat yang lain.. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya? Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian.. Lantas Rasulullah pun bersabda, “ Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.." Luv u shbt lillahi ta'ala..

Mesej syuhada yang simple tue kutatap berulang kali.. Allah.. Syuhada.. Terharu rasanya..

Kerana satu mesej nie, aku rasa bertambah sayang pada dia..

Aku jua tau, yang Syuhada sedang mengingatkanku bahawa, apabila kita menyayangi dan mencintai sahabat kita, kita mestilah memberitahu sahabat kita tue..

Andainya ini saat terakhir kita bersama sahabat kita, mungkin kita tidak akan menyesal kerana kita telahpun memberitahu dia, yang kita sayang dengan dia..


Sahabat-sahabatku yang disayangi dan dicintai,

Sesungguhnya, saya sayang kamu semua..


P.S : Semoga persahabatan kita semua kekal sampai ke syurga

:)




Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...