Pages

Thursday, June 3, 2010

Takkan kerana............



Takkan kerana satu kelemahan dia, kita nak lupakan 10 lagi kelebihan dia..
Takkan kerana satu kesalahan dia, kita nak putuskan ikatan yang dah terjalin..

Kita marah bila dia marah kita.
Tapi pernahkah kita ingat, walaupun kita pernah marah dia, dia tetap bertahan untuk bersama kita walaupun suhu darah dia mendidih.

Kita sedih bila dia tak pedulikan kita buat seketika.
Tapi pernahkah kita ingat, walaupun kita pernah terlupa dan tak peduli akan dia, dia tetap bertahan bersama kita walaupun hati dia menangis sendiri.

Kita kecil hati bila dia bandingkan kita dengan orang lain.
Tapi pernahkah kita ingat, walaupun kita ada bandingkan dia dengan orang lain, dia tetap bertahan bersama kita walaupun hati dia yang besar dah jadi kecil.

Kita terguris bila dia menegur kesalahan kita secara kasar.
Tapi pernahkah kita ingat, walaupun kita menegur kesalahan dia secara kasar, dia tetap bertahan bersama kita walaupun hati dia terguris.

Dia tetap bersabar bersama kita di saat suka dan duka. Dia tak mempergunakan kita sewenang-wenangnya. Dia sayang kita walaupun kita banyak kekurangan dan kelemahan.

Jadi, apalah salahnya, kalo kita pun jadi seperti dia kan? Bertahan dan terus bertahan demi satu ikatan.

Kita masing2 saling memerlukan sebab kita bukanlah sempurna kan...

Aku bersyukur sebab Allah hadirkan dia dalam hidup aku. Ya. Ada masanya, kita saling terasa hati. Ada masanya kita saling sakit hati. Tapi aku tetap sayang dia sebab dia sanggup bertahan dan bersabar dengan aku.

Jangan risau, aku tau diri aku memang selalu membebankan dan menyusahkan orang lain. Aku tau aku lembab sedikit. Aku susah nak faham banyak perkara. Aku pelupa dan cuai. Aku selalu malas2. Aku selalu ambil mudah banyak perkara.

Jadi, aku kenalah berusaha untuk berubah supaya tak selalu menyusahkan orang kan? (sgt susah t.t)

Jadi, aku nak ucapkan terima kasih pada dia, sebab sudi bertahan bersama aku di saat aku selalu marah2, di saat aku selalu mengamuk, di saat aku selalu sedih2, di saat aku bermalas-malas dan di saat aku gembira..

Aku harap belum terlambat untuk aku memohon maaf kerana tak menjadi yang terbaik untuk dia.. Maafkan aku.
p/s : Dia ialah insan-insan yang kita sayang dalam hidup kita.. Insan-insan yang tetap bertahan bersama-sama kita di saat suka dan duka. Dia bukanlah satu, tapi lebih dari satu orang.

No comments:

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...