Pages

Thursday, June 17, 2010

Kem Batu Pecah, Manong.

Yuhuuuuuuuuuuu~

Best Kem Remaja Gemilang! ^_^

Tapi macam biasalah, time ceramah memang mengantuk. Hehe.

Aktiviti luar memang sangat best! Mencabar + menyeronokkan + menguji kesabaran. Macam2 kena buat.. Merangkak dalam terowong yang air dia, bau macam longkang, merentas sungai ngan tali yang goyang2, panjat tembok itu, tembok ini..

Ape2 pun, saya belajar yang untuk mendapatkan sesuatu, komunikasi tue amat penting.
Dalam kem kali nie, cara2 komunikasi yang baik ditekankan.

Dalam aktiviti kembara, pada checkpoint terakhir, kami kena menyusun puzzle. Tapi yang payahnya, kepingan2 puzzle yang diberikan tak cukup. Kami perlu meminta kepingan2 tue dari kumpulan lain dan pakcik2 yang ada di situ.

Kami berjaya meminta kepingan puzzle dari kumpulan lain tanpa menghadapi sebarang kesukaran.
Tapi bila time nak minta kat pakcik, macam2 kami kena. Hehe. Tuela, kan dah cakap, kalau nak berkomunikasi kena tengok orang yang kita lawan bertutur. Kalau dengan orang tua2 nie, seni bercakapnya lain sikit.
Gara-gara saya bercakap dengan selamba, saya kena denda ketuk ketampi. -_- Malu betui.

Oh. Cukup pasal aktiviti. Nak cakap pasal tempat pulak. Hish. Kawasan tue memang berlumpurlah. Becak sungguh. Habis kasut bertempek-tempek ngan tanah.

Toilet dia memang simple sangat. Takde atap, takde pintu. Hanya sekeping kain je yang 'cover' bilik air.. Kalau nak masuk, kena ada seorang jaga kat luar. Haiz.

Tak kisahlah. Yang penting, saya rasa seronok pegi kem nie. ^_^

No comments:

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...