Pages

Saturday, November 26, 2011

Satu Muharam? Meaningless.

Piano berbunyi kuat beberapa kali. Iramanya merdu. Oh, aku tersentak. Mesej dari handphone rupanya.
"Salam Maal Hijrah 1433"

Aku memandang sepi mesej itu, seolah-olah tak bererti langsung buatku sedangkan ianya dari orang yang penting dalam hidupku. Meaningless. Aku harus balas apa?

"Tq. Salam Maal Hijrah gk. Doakan saya ea."

Eh, bila balas suruh orang doakan pula? -.-'' Ah! Peduli la. Satu muharam memang tiada ertinya bagi aku bila aku tak cuba untuk berubah. Meaningless. Serious memang meaningless gila.

Dulu, setiap tahun, baik tahun masihi mahupun tahun hijriah, aku selalu pasang azam. Haha. Gila. Satu pun tak pernah tercapai. See? Betapa tak bermaknanya semua tu. Azam macam hangat-hangat taik ayam, mana nak pergi jauh. T___T

Sungguh, tahun baru ke, tak tahun baru ke, sama je. Kalau nak berubah bila-bila masa pun boleh kan? sobs3.

Thursday, November 3, 2011

Walaupun aku jahat...

Aku bertuah. Bertuah kerana masih punya mak dan ayah yang selalu ada di sisi aku.

Aku bertuah. Bertuah kerana masih punya mak dan ayah yang masih sudi memberikan nasihat kepada aku.

Aku bertuah. Bertuah kerana masih punya mak dan ayah yang mencintai dan menyayangi aku tanpa syarat.

Tapi, mereka tak bertuah kerana punya anak yang jahat seperti aku.

Tapi, mereka tak bertuah kerana punya anak yang buas seperti aku.

Tapi, mereka tak bertuah kerana punya anak yang kasar sepeti aku.

Mereka korbankan segala-galanya untuk aku. Aku masih ingat bagaimana mak bangun awal pagi untuk menyiapkan bekalan untuk aku bawa ke sekolah. Aku masih ingat bagaimana ayah membawa aku menaiki motor, walaupun keringat mencurah membasahi bajunya. Aku masih ingat ciuman dan pelukan mak dan ayah.

-----------------------------

Walaupun aku jahat, aku masih mencintai dan menyayangi mereka. Sungguh, aku tak tipu.


Thursday, October 13, 2011

Syair Si Anak Tiri

Ini ada satu cerita,

Luahan rasa lukisan jiwa,

Bukan niat menagih cinta,

Apatah lagi meraih nama.


Ini kisah si anak tiri,

Disimpan lama membusuk di hati,

Hendak diluah tak sampai hati,

Biar sakit menanggung sendiri.


Orang mengata orang menghina,

Sayunya rasa tidak terkira,

Dia syaitan kata mereka,

Dicerca dihukum terseksa sengsara.


Buruknya diri dilambung tinggi,

Sedang baiknya dibiar sepi,

Diri membisu membawa diri,

Matinya jiwa pecahnya hati.


Biarlah dia biar begitu,

Dia sudah letih membisu,

Andai dia pergi dahulu,

Biarlah benci sama berlalu.


Usah dikenang si anak tiri,

Bila benci beraja di hati,

Suatu hari pasti terbukti,

Syaitan bukan si anak tiri.


Bila terbukti usah merayu,

Terlambat sudah masa berlalu,

Jiwa dah mati hati dah beku,

Selamat tinggal si hati batu.


P.S. Mungkin aku yang pendendam. 22/7.0135

Monday, October 10, 2011

Bulan oh bulan. ;(

Semua orang sibuk dok suruh tengok bulan. Mereka kata, bulan cantik malam ni.


Tapi tak semua orang dapat tengok bulan. Orang buta dah sure memang tak dapat tengok bulan. Aku pun tak dapat tengok bulan. Awan dok halang2 pandangan aku. Apalah nasib, bulan yang ditunggu tak jatuh ke riba.

Moral of the story, tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa. Kadang2 ada masa kita ni nasib baik... Ada masa, nasib kita ni macam baru keluar mulut buaya masuk mulut harimau.

Be grateful, live on.

P.S. Senang je nak taip, mudah je nak cakap, susah gila nak buat.

Credit : Facebook.

Wednesday, October 5, 2011

Apa yang dicari?

Aku tak tahu apa yang aku cari.
Itu masalah besar bagi aku.
Sebab aku sedang mencari diri aku yang hilang.

Tuesday, February 8, 2011

Kau nak bebas? SHEET! (in different pronunciation.)

BEBAS?

Apa yang kau faham pasal bebas?

Kau nak bebas? SHEET! (in different pronunciation.)

Kau takkan dapat bebas sampai bila-bila.

Sebab? Sebab hidup ini memang takde kebebasan pun.

Tak percaya? Percaya je la. Itu realiti.

Nak masuk tandas awam pun kau tak bebas, kena bayar *dua kupang.


*Dua kupang = 20 sen

Saturday, February 5, 2011

SHAOLIN DAN AKU


THE GREEN HORNET.

Mula-mula, nak tengok cerita ‘THE GREEN HORNET’. Tapi…

“Green Hornet, 20 ringgit ea..”

Terus tak jadi nak tengok. Aku rasa tak berbaloi nak keluarkan dua keping kertas merah, walaupun cerita dia dalam 3D. Tambah-tambah aku pakai cermin mata. Dah la spect 3D dia kecik, memang tak nikmat!


TAK TAU NAK PILIH MANA.

Kami pun bagi chance kat orang belakang beli tiket dulu sebab tak tau nak tengok cerita apa.. Bunyi HAQ macam menarik, tapi takpelah. Tengok SHAOLIN lagi sedap.

Ini jadi pilihan kalbu.

SHAOLIN , TAK SIA-SIA AKU BELI KAU.

Boleh tahan cerita dia. Walaupun, hero dia semua mati last sekali. Aku tak nak tulis sinopsis cerita ni, bukan sebab AKU MALAS, tapi aku tak nak la buat SPOIL. =D


SHAOLIN DAN AKU

Aku bukanlah pengurus kepada pelakon-pelakon dalam cerita SHAOLIN ni. Tapi, aku rasa SHAOLIN ni ada kaitan dengan aku.

  1. Dulu, waktu kecik-kecik, aku selalu nak jadi orang yang pandai berkungfu. Aku rasa macam jadi artis stunt pun ok juga kot. Haha. Tapi, tak kesampaian la pulak.

  2. Aku seorang yang tamak macam Jeneral Hou sebelum dia jadi baik. No offence, itu memang kenyataan. Aku tak berapa suka nak share, share ni. Bad attitude I know.

  3. Aku seorang yang prejudis macam Jeneral Hou. Aku selalu fikir yang bukan-bukan. Kadang-kadang aku rasa macam semua orang tengah menganjing/mengutuk aku. Padahal, takpun. Ternyata, aku yang perasan sendiri.

  4. SHAOLIN buat aku makin percaya, yang semua orang boleh berubah.

Aku puas hati tengok cerita SHAOLIN kali ni, walaupun aku tak suka bila semua hero dia mati.

--------------------------------

Nanti aku nak tengok juga The Green Hornet. Sobs3.

Bila entah aku nak berubah macam Jeneral Hou..

Saturday, January 29, 2011

Salah mak bapak!



"Ni mesti mak bapak dia tak ajar!" kata seorang manusia.

Hati aku panas bila dengar orang cakap macam tu.

Come on la, ko tau ke family background dia? Ko kenal ke mak bapak dia?

Oh. Aku lupa. Kau kan tau semua.

Kau kan encyclopedia bergerak. Semua kau tau kan, kan, kan..

Mesti kau berat kan? Ye la, nak usung encyclopedia merata-rata.
----------------------
Aku tak pernah nafikan yang parents memang ada peranan penting. Tapi, kadang-kadang, mak bapak kita dah bagi apa yang patut, kita je yang tak ikut.

Sama la macam dalam cerita Megamind.. Ada sorang budak ni dah ada kuasa hero dan ikut latihan untuk jadi hero pun. Tapi, akhirnya, dia jadi hero yang jahat. Sebab apa? Dia yang pilih jalan tu kan.
--------------------------
Bila aku buat silap, buat salah, tolong jangan salahkan mak bapak aku. Aku sedih, aku nangis kang! Biar banjir semua tempat. Biar jalan semua jam. Biar kau tak dapat balik raya cinaaaa! (Senyum Jahat).

P.S. Entri ini sudah dipublish, tapi terdelete. Jadi, di-republish.
P.S.S Selamat bercuti utk yang bercuti!! =D

Sunday, January 9, 2011

Ah!! Kenapa kena beratur?!

Aku pandang depan, aku pandang belakang. Aku nampak orang je. Masing-masing pegang bekas polystyrene kuat-kuat sambil mulut terkumat-kamit macam baca jampi serapah.

"Kenapalah aku kena beratur panjang-panjang ni? Haish." Ini kaki aku yang letih berdiri kata.

"Apesal orang depan ni lembab sangat. Takyah la pilih2 lauk." Itu kata perut aku yang kebuluran.

"Takpe. Kau tau kenapa kau kena beratur?," akal aku tanya pada hati, kaki dan perut aku.

Semua menggeleng. Semua tak tau. Akal aku tersenyum sinis.
----------------------------------
"Kalau kau tak beratur, maksudnya kau potong line. Bila kau potong line, orang mesti dok sumpah-sumpah kau. Kalau kau kena sumpah jadi putera katak, takpe juga. Tapi, kalau kau kena sumpah jadi putera babi? Kau nak?," jawab akal aku selamba.
Kalau kau jadi Putera Katak, ada juga orang rela datang selamatkan kau.

Semua diam. Membenarkan apa yang akal aku kata secara senyap-senyap.

Sunday, January 2, 2011

Bukan aku tak cinta..



Bukan aku tak cinta, tapi entahlah.

Aku tak semangat. Mana semangat aku pergi?

Aku termenung jap.

Ah! Apa-apa pun, aku harap aku tak jadi macam dalam komik bawah ni. :')

Click to zoom. ^__^
------------------------
Aku harap aku tak lupa baca doa belajar esok.
------------------------

P.S - This comic strip belongs to Chrissy. =D

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...