Pages

Monday, July 26, 2010

Main! :)


Hari nie ada GERKO (stands for Gerak Kerja Ko-kurikulum).

Sem nie, kami kena main bola jaring.

Sem kali nie lain daripada sem yang lepas-lepas.

Kali nie, kami hanya main dengan perempuan2 je. Tapi kena campur dengan kelas lain.

Kami campur sekali dengan budak-budak kelas PJ yang staminanya sangat bagus.

Hehe. Bila lari untuk 'warming up', terserlahlah yang kami, (eh, saya je kot!) ada stamina yang rendah. Hohoho..

Hari nie sangat seronok main sama2 dengan mereka.

Mula-mula main bola jaring.

Saingan memang kuat.

Tapi rezeki kami murah hari nie. *Alhamdulillah*

Hehe. Kami menang 'game' kali nie. ^_^

Lepas habis main bola jaring, cikgu pun balik.

Tapi kami terus je tinggal kat gelanggang.

Kami main futsal pulak. Hehe.

Seronok. Tapi memang jelas dan teranglah yang saya sememangnya kaki bangku. Heee~

Semua orang main ngan penuh semangat. Jerit sana, jerit sini. Kesimpulannya, memang gembira betui. :)

Saya nak main lama2 (walaupun tak pandai main.hehe).

Tapi teringat makanan yang dah tempah kat cafe. Kalau lambat ambil nanti, takut cafe dah tutup pula. Jadi, saya, Along, Beruang, Syaza, Tini ngan Ira pun baliklah dulu.

Mereka yang lain-lain terus je main. Lepas main futsal, main bola baling pulak. Wuuu~ Bestnya.. Takpelah.. Bukan rezeki saya nak main bola baling hari nie.

Apa-apa pun, saya rasa seronok hari nie. :)

Yelah, main memanglah seronok kan!

Lagipun, main nie kira ibadah juga kan? Hehe. ^_^

Lain kali, boleh main lagi. =]

~I love to play!~



Friday, July 23, 2010

Jumaat yang sayu tapi gembira..

23 Julai 2010.

Hari nie tak dapat balik rumah.. Sayunye rasa hati. Ramai budak2 sini balik rumah.. sobs3x.. Takpelah, bukan rezeki saya nak balik hari nie. haiz.

Memandangkan tak balik, jadi saya pegi warta hari nie ngan Jagung, Bie + Syaza..

Kteorg pergi pukul 5.30 ptg.. Sebabnya, sebelum tue kelas kami kena pergi ke bengkel pengacaraan majlis..

Kteorg siap-siap solat apa semua dalam pukul 6.. Jadinya, pukul 6 barulah kteorang bergerak-gerak kat sekitar Warta tue.. :)

Seronok juge hari nie.. Sembang2, makan2.. :) Macam2 benda yang kteorang sembangkan.. ^^

Oh! Apa2 pun saya rasa gembira tadi..

Tapi, sekarang, bila dah balik dan dok dalam bilik malam2 nie, rasa sedih dan sayu pulak... :(

Waaa... Entah kenapalah.. Rasa macam nak menjerit pun ada.. Haiz..

Esok ada program sempena Ramadhan.. Jadi, kena bangun awal..

Moga2 kuat untuk hadapi hari2 mendatang okay! :) Gambatte! Hwaiting!

Thursday, July 22, 2010

Pulanglah wahai cinta..


Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...

Kita mempunyai sebuah rumah... Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu... Ada yang baik dan ada yang buruk. Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan, kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN, bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.

Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumahmu, wahai kawanku... Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu, merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu... Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan?

Menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus? Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti, dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui... Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi?

Sekalipun hatimu berat... Pintalah sang CINTA itu pulang... Beritahulah kepadanya...

Maafkan aku... Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...

Kerana... Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya.. Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA aku, yang Maha Pengasih... Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...

Kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku... Agar hilanglah gelisahmu, reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang indah berseri... Terang dan menerangi...

Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku... Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA aku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH aku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.

Sumber : Fb Kawan.

Sunday, July 18, 2010

What a beautiful day! :)

17 Julai 2010


Nama je hari Sabtu. Tapi ada kelas. Kelas ganti untuk cuti raya nanti.. :)

Last class was Mr. Rustam's class...

Tengah sibuk dok dengar apa yang kawan2 present, tiba-tiba Handphone bernyala-nyala dan vibrate. My dear sister called.

"Assalamulaikum. Kteorg nak g kolej kau hari nie.."

Weee~ Hari nie parents ngan adik datang Bangi. :) Sukanya rasa hati. *Alhamdulillah*

Ayah bawak pergi tempat meeting dia. Jadi kenalah tunggu ayah habis meeting dulu. Haiz.

Saya dok kat dalam bilik menunggu kot. Masuk-masuk je bilik tue, dah dengar suara budak jerit-jerit.. Oh! Tengah main hantu-hantu rupanya... Hantu kejar budak2..

Ada 3 orang budak lelaki, sorang budak perempuan.

Oho! I felt like i'm a babysitter there. -.-''

Saya tengok diaorang main dengan penuh seronok sekali.. Huu~ Bestnya jadi budak-budak..

Saya pasang earphone dan terus dengar lagu kuat-kuat.. Takkan nak melangut tak buat apa2 kot kan..

Tiba-tiba, budak kecil yang namanya Abbas cakap, "Teacher.. Nak pakai nie.." dengan gaya pelat dia sambil menunjukkan ke arah sejadah..

"Hah?", saya seakan terkedu.. Eh, teacher? Sejak bila saya jadi teacher dia nie..

Abbas nak saya pakaikan dia sejadah.. Pasang ala-ala superman kat badan dia tue..

Hehe.. Lucu pulak.. Pandai pulak budak nie panggil teacher.. Sebab saya nampak cam tua kot, dia panggil camtue?? -_-'' Hohoho..

Abbas ada abang.. Nama abang dia, Ayyash. Ayyash ngan Abbas nie suka betui bergaduh.. Kejap, kejap, "Teacher, dia buat......." kata Ayyash sambil buat muka sedih..
Abbas pulak pasti mencebik muka ke arah Ayyash..

Okay! Cukup pasal Ayyash ngan Abbas.. Nak cakap pasal Bushra pulak.. Bushra is the only flower there.. :)

Bushra nie sangat pandai melukis.. Lukisan dia cantik.. Dia pun pandai cerita..
Bushra ada cerita satu kisah kat saya pasal seorang wanita yang dipotong tangan oleh ayahnya kerana bersedeqah..
Bushra is a good girl.. One fine day, she'll become an excellent muslimah..

Budak ke-4 kat situ ialah Mubarak.. Mubarak nie umur dia baru 7 tahun, tapi dah masuk darjah dua.. Mubarak pun kuat bercerita dan dia panggil saya cikgu! :)
Cikgu rindu nak main ngan Mubaraklah! Haiz..

Kami main macam2 sama2.. Seronok pulak rasanya main ngan budak-budak nie ea.. Hehe..
Ayah habis meeting pukul 5 lebih.. Ingatkan lepas habis je meeting, terus nak pergi cari makan.. Tapi mak terjumpa pulak kawan mak.. Makcik Zurimah.. Makcik Zurimah ajak singgah rumah dia kat Kajang..

Kami pun pergi rumah dia.. Makcik Zurimah ada seorang anak yang namanye Yussof.. Again, i played with kid!

Kami main badminton sama-sama.. Yussof nie boleh tahan cekap juga dia.. Bukan main suka lagi dia, bila saya tak dapat sambut hantaran dia..

Saya rasa hari nie seolah-olah hari kanak2 sedunia.. And for the first time being a training teacher, i felt that being a teacher is soooooo good! :) I think i had fallen in love with this profession..

Yeah. Frankly speaking, i don't know whether i can be a good teacher or not.. As being a teacher is not only about teaching, but also about building a character..
I feel afraid too. I don't know whether i can do it or not.. Huhu..

Well, whatever it is, i have a beautiful day today, with my family and kids! ^_^

Friday, July 16, 2010

Wednesday, July 14, 2010

Kerana satu mesej..

Handphoneku berlagu dengan girang sekali..

Cepat2 kucapai handphoneku..

“Oh.. Syuhada rupanya..”

Pernah satu ketika, seorang sahabat memberitahu Rasulullah akan rasa sayangnya kepada sahabat yang lain.. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya? Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian.. Lantas Rasulullah pun bersabda, “ Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.." Luv u shbt lillahi ta'ala..

Mesej syuhada yang simple tue kutatap berulang kali.. Allah.. Syuhada.. Terharu rasanya..

Kerana satu mesej nie, aku rasa bertambah sayang pada dia..

Aku jua tau, yang Syuhada sedang mengingatkanku bahawa, apabila kita menyayangi dan mencintai sahabat kita, kita mestilah memberitahu sahabat kita tue..

Andainya ini saat terakhir kita bersama sahabat kita, mungkin kita tidak akan menyesal kerana kita telahpun memberitahu dia, yang kita sayang dengan dia..


Sahabat-sahabatku yang disayangi dan dicintai,

Sesungguhnya, saya sayang kamu semua..


P.S : Semoga persahabatan kita semua kekal sampai ke syurga

:)




Tuesday, July 13, 2010

Dear Friends, Sisters and Brothers! :)

THANKS + SOrry 4 everything!

May Allah bless you! Take care. J

Dear roomate. :)

Dear Zahriha,

Org nak ucap terima kasih banyak2 atas segalanya.

Thanks sebab banyak bersabar ngan orang. Thanks sebab banyak share barang ngan org.

Orang nak mintak maap sebab banyak buat salah ngan Riha. Org salu bawak kawan2 orang masuk bilik dan org salu buat bising. Sorry ea Riha..

Org nak bagi tau, yang org rasa bersyukur ada roommate macam Riha sebab Riha seorang yang memahami.

Thanks and sorry once again Riha. I love you!

Salam Sayang-Roomate Awak! J

Genap setahun. 13-7-2010








Dear classmates,

Terima kasih sebab banyak bersabar ngan kite. Kite sayang kamu semua! Kite mintak maap atas segala salah + silap.

I heart you, classmates!


Friday, July 9, 2010

Bermain dengan mata.

Gambar nie dapat dari FB kawan.. :)
Cuba renung titik2 hitam kat atas tue, lepas tue, pandang pada dinding yang kosong.. Mesti akan nampak sesuatu kan? ^^ Cuba2!

Thursday, July 8, 2010

MUET

Results MUET kawan2 dah keluar..

Kawan2, jangan mengalah ea..

Apa pun keputusannya, kena kuatkan hati!

Kalau keputusannya bagus, ucaplah Alhamdulillah dan moga2 yang cemerlang tue berterusan. Usah sombong, usah riak. :)

Kalau keputusannya kurang bagus, ucaplah Alhamdulillah juga (sgt susah) dan moga2 keputusan yang akan datang lebih cemerlang. Usah mengalah, terus melangkah. :)

~Tenanglah duhai jiwa, damailah duhai hati~



Wednesday, July 7, 2010

My life saviour.



I am blind,

I am deaf,

I am mute,

I am heartless,

Life seems to be blurring,

Life seems to be lousy,

Just like a garden without roses,

Just like the sky without stars,

As I had lose in my way,

Without you as my wing,

Without you as my sun,

My life saviour.

Road-relay. -_-''

7 Julai 2010

Hari ni ada road-relay.

Road-relay = Larian berganti-ganti.

Bila aku dapat baton dari 1st runner, aku rasa takut sangat. Takut tak dapat habiskan larian..
Baru mula je, aku dah rasa penat. Rasa macam jantung dan usus2 dalam perut nak pecah. Haa.. Tu la gara-gara orang yang selalu tak exercise.. Kan dah tak larat nak lari.. :(

Rasa nak nangis je waktu tengah lari. Tapi tahan je perasaan tue.. Sampai je kat third runner, terus je bagi baton.. Spongebob terus datang pegang saya.. Aku rasa tak tahan.. Terus je nangis. Adoi2.. Pelik je rasanya.. Macam mana entah boleh nangis.. Rasa macam aku la penyebab kalo kumpulan kami dapat tempat corot.. ;(

Apa yang terharunya, kawan2 tak salahkan aku.. Malah mereka support aku lagi.. Huhu..
Sebenarnya, sejak dari semalam lagi aku dah risau.. Along la yang dok sibuk tenangkan aku malam tue.. Jagung, beruang, spongebob, Syaza, Bie pun sama juge.. Thanks dear!

Kami dapat tempat ke 27 dari 33 pasukan. -__-''
Takpelah... Yang penting, dah usaha kan. :)

-------------------------

Along merajuk hari ni ngan aku. :( Camne ea nak pujuk? Aduhey.. Aku tak tau nak pujuk orang.. Sobs2.. Harap2 Along okay2 nanti.. T_T

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...