Pages

Wednesday, March 31, 2010

Careless + Forgetful = Disaster

Oh. Bencinya! Gua cukup tak suka sikap gua yang satu ni. Careless + Pelupa.

Bila ada sikap2 yg macam tu, barang sangat senang nak hilang.. Baru letak sekejap, dah lupa letak kat mana..

Pernah sekali, kawan gua panggil ambil botol air gua yang tertinggal kat surau. Gua pun pergi la ke surau nak ambil botol air gua tu..
Bila gua sampai ke surau, kawan gua mintak tolong bagikan pencil case dia. Gua pun bagila pencil case tu kat dia.. Kemudian, Gua terus keluar.. Tiba-tiba kawan Gua panggil..

"Kau datang sini buat apa?"

Bila dengar soalan dia, gua pun tertanya-tanya kenapa gua datang surau.. Kawan gua dah tergelak-gelak tengok gua macam terpinga-pinga..

"Kau lupa ke, yang aku suruh kau ambil botol air kau tadi?"

Gua terdiam. Baru gua teringat, yang gua datang ke surau untuk ambil botol air gua yang tertinggal.. Huhuhu.. Memang sakit bila macam ni..

Makin lama makin teruk pulak gua rasa. Gua makin careless dan pelupa..

Masuk hari ni, gua dah hilang tiga file dalam tempoh lebih kurang dua minggu. :(
Sedihnya rasa.. Tambahan pulak, banyak benda2 penting dalam file2 tue.. huhuhu.

Gua risau juga sebab takut-takut ada kaitan dengan masalah kesihatan. T_T

P/S : Macam mana la nak hilangkan careless + pelupa nie?? :(

Tuesday, March 23, 2010

Don't add water!!

Oh. Cuti dah tamat. T_T Rasa tak puas bercuti. Huhu.
Apabila sebut pasal bercuti, aku teringat akan kisah yang mak cerita waktu tengah bercuti dulu.

Kisahnya bermula waktu Kak Nabila* masih lagi kanak2, masih lagi tak tahu kesat hingus. Kak Nabila was a kind, funny and smart! She always come to my mom, and then, mom would tell her one story.

Nak dijadikan cerita, mak aku pun ceritakanlah satu cerita pada dia.. http://www.smileycodes.info


Once upon a time, there was one beautiful girl that was very kind, gentle and honest.. She lived with her mother in one peaceful country. Well, they are not really rich and had to work very hard to survive in this world.

She earn money by selling milk (i don't like white milk. huhu) in the market. ^_^
One day, the cow that belongs not produced so much milk. So, the milk was less.

Then....

HER MOM : "OMG! Today we will get less money, dear.
DAUGHTER: "Why mom?"
HER MOM : "Look, we have less milk today."
DAUGHTER: "It's ok, mom. Hope tomorrow will be better."
HER MOM : "Emmm.. Add water to the milk."
DAUGHTER: "Add water? No, mom. That's cheating."
HER MOM : "Don't be a chicken dear. No one will know."
DAUGHTER: "Oh my dear mom, we can't do that. Allah knows."


..................................................................................

MAK : We must be honest. Cheating is not a good thing dearie. Allah knows everything.
K. NABILA: (Angguk kepala dengan penuh semangat)

----------------------------------------------------------------------------------
Sejurus selepas itu...
Di dapur..


MAK NGAH : Nabila, tak boleh.. Kena bubuh juga..

K. NABILA: NO!! I DON'T WANT!

MAK NGAH : Nabila.. kalau tak bubuh air, macam mana Nabila nak minum susu..

K. NABILA: NO! DON'T ADD WATER.. (Nangis sambil mengamuk-ngamuk)
http://www.smileycodes.info

MAK NGAH :

MAK : Kenapa tue?

MAK NGAH : (Cerita semua kat mak)

MAK : Oh! Blablablabla.. (Cerita kat Mak Ngah kenapa K. Nabila jadi macam tu)


Mak dan Mak Ngah ketawa sungguh-sungguh.
K. Nabila tak nak bagi tambah air sebab tak mahu menipu. Hehe.
(Nak ikut macam dalam cerita tu)

Adoi3x.. Kelakar sungguh. Hai.. Nama lagi budak2 kan. ^_^

Budak-budak selalu bersikap lurus dan jujur.

Oh. Alamak! En. Assignments dah panggil! Got to go. Take care! http://www.smileycodes.info


*Kak Nabila was my cousin. She already rest in peace.
Huhu. Allah pinjamkan dia untuk kami. Tapi dah ambil balik. :(

Sunday, March 21, 2010

Hidup Naruto!


DingDong!

Oh. Blog ini terkena! Hohoho. Ade orang bagi award pulak dah. Award beautiful blogger!Eh! Silap la pulak. Bukan2. Bukan blog nie yang terkena. Tuan blog nie.. MySpace Sebab beautiful blogger kan? heeee~




Apa kaitan dengan tajuk entri?? (Pelik2) Sebab dia yang tag saya itu suka NARUTO juga! Hehe
Arigato gozaimasu Juan! <<-- First instruction is followed, which is Thank & link the person tht gave u award.

Seterusnya, saya nak bagi awards nie kat <<-- Second instruction : Pass this award

1- My
2- Q
3- Fana
9- Ain

Third instruction : Bagi tau org2 yg anda award tue.

7 things about me?! <<-- Fourth Instruction : State 7 things about yourself.

1- Saya ni pemalas sikit.MySpace

2- Suka main-main.

3- Suka kucing dan ada bela kucing.

4- Selalu pura-pura kuat, padahal kuat nangis. Hehe.

5-Korean Freak and Anime Freak.

6- Sayang parents + siblings sgt2!! (Kawan2 pun juge. hehe)

7- Tengah sibuk bercinta ngan En. Assignments. =.='' (Saya nak cepat2 putus ngan En. Assignments, which is immposibble to do until i graduate. hoho.)

MySpace Habis dah benda sume. ^_^

-Nak pergi bermimpi ngan En. Assignments-MySpace

Friday, March 19, 2010

Oh. I am not that strong!!

"Dugaan itu hadir tanpa dipinta. Cabaran itu tiba tanpa diundang. Sungguh, hati ini sayu dan hiba. Sungguh jiwa ini menangis tanpa henti. Mudahnya mulut menuturkan bicara, sedangkan hati dan jiwa terseksa menderita, " rintihan hati seorang insan.

Di saat ujian melanda perjuangan, saya merasakan tidak kuat untuk terus bertahan di sini. Jujur saya katakan bahawa, kadang2 terdetik di minda, mengapa mesti saya? Tercetus di benak, apakah salah dia? Mengalirlah air mata penuh penyesalan. Menitislah air mata kebencian. MySpace
Saya terlupa bahawa, ujian itu penguat semangat dalam perjuangan. Jika saya berhenti berjuang, maka saya akan menjadi orang yang paling bodoh sekali, kerana mengalah begitu sahaja.

Saya juga terlupa bahawa ujian ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan insan-insan lain. Mereka lebih menderita daripada saya. Oh. Adakah saya tidak bersyukur?

Apa yang menyedihkan, saya juga terlupa akan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Sungguh saya insan lemah yang tak berdaya. Hanya dengan sedikit dugaan ini, saya terlupa firman Allah yang satu ini.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
-Surah Al-Baqarah ayat 45-

Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami. Andai ini hukuman atas kekhilafan aku, janganlah KAU hukum mereka ya Allah. Aku menyayangi dan mencintai mereka ya Allah.

Andai ini dugaan buat kami bagi menguji kesetiaan, kejujuran dan keimanan kami, KAU tautkanlah hati-hati kami. Suburkanlah kasih dan sayang antara kami. Ya Allah, aku mohon pada-Mu dengan bersungguh-sungguhnya ya Allah, janganlah kerana ujian yang satu ini, KAU pecah-belahkan hati-hati kami, janganlah KAU hancurkan hubungan hati-hati ini ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya air mata yang mengalir ini membuktikan betapa dalamnya cinta dan sayangku pada mereka ya Allah. KAU bantulah aku Ya Allah. Sungguh kami lemah dan tak terdaya tanpa-Mu. Bantulah kami.

Oh. Maaf terpaksa dengar doa-doa saya yang satu ini.MySpace

Emosi saya agak terganggu pada waktu ini.

Oh. Moga firman Allah dalam Surah Yusuf, ayat 87 dapat saya pegang. (Lemahnya rasa. :()

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Sorry. Izinkan saya bermimpi yang indah-indah.
(Betapa saya mengharap ini semua hanya mimpi ngeri, yang apabila saya terjaga, semuanya akan berakhir.MySpace)

-I'm not that strong!-

Thursday, March 18, 2010

Jatuh hati dengan dia.

Aku dah jatuh hati. http://www.emocutez.com
Dengan siapa? Nama dia Maher Zain.
Si Dia

Oh. Tak. Tak. Aku rasa aku bukan jatuh hati dengan dia. Tapi aku jatuh hati dengan lagu-lagu dia.
Lagu-lagu yang cukup menyentuh jiwa. His voice really awesome and lyrics of his songs always makes me think.http://www.emocutez.com
Antara lagu-lagu dia yang betul-betul menyentuh jiwa aku :
Lagu Open Your Eyes memang mengingatkan aku yang
kebenaran sentiasa ada di depan mata kita.
Kadang2 kita selalu terlupa atau buat2 terlupa.
For the rest of my life sememangnya lagu yang menyentuh sanubari.
Kalau suami menyanyikan lagu ini buat isterinya dan
jika ianya dinyanyikan betul2 dari hati sang suami, maka beruntunglah sang isteri.
Lagu Hold my hands menjentik kotak pemikiran aku bila lirik
"Now we share the same rise sun, the same round moon, why don't we share the same love?" dilagukan.
Mengingatkan aku pada Palestine.
Kenapa kadang2 manusia tak berhati perut
(Ceh! Gaya cakap macam la aku ni alien)?
Why can't we spread love?


Emm. Ternyata lagu-lagu Maher Zain nie, memang x rugi
kalau nak dengar. Ikut nyanyi sekali pun xpe. :)
(Psstt. Aku x berani nak ikut nyanyi, takut hujan turun lebat pula.
Hohoho) http://www.emocutez.com

Till then, bye. Izinkan aku mimpi indah lagi.
Moga kali ni, lagu2 Maher Zain jadi background music
dalam mimpi aku. http://www.emocutez.com

Wednesday, March 17, 2010

Boleh ayah kahwin lagi?

Pada suatu petang yang panas, hatiku pun turut menjadi panas gara-gara soalan cepu emas ayah yg menggugat keimanan daku./shock

Ayah : Boleh tak kalau ayah nak kawen lagi?

Aku : (Terdiam)

Ayah : Boleh?

Aku : Poligami dibenarkan. (Diam lagi) Jadi, silakanlah kalau ayah nak kawen lagi, but don't expect me to accept her.
(Air mata bergenang + suara bergetar)

Ayah ketawa.
"Amboi! Bukan main lagi ayah ye," bisik aku dalam hati. Ah! Ayah nie, suka betul bergurau! Geram dengan gurauan ayah yang satu nie.MySpace

Aku ingat gurauan ayah akan terhenti di situ. =.=''
Tapi malangnya tidak. Ish3x. (Geleng kepala)

Ayah : Nanti nak bawak cik puan baru jumpa cik puan lagi satu. (Sambil jeling2 mak)

Aku : Boleh2. Tapi ada syarat2 yang ayah kena ikut.
  1. Setiap minggu, MAKCIK BARU tue kena dtg bangi (tempat belajar aku) bawak makanan yg sedap2. Saya xnak yg murah2. Saya nak yang mahal2 je sume.
  2. Oh. Lepas tue, saya nak laptop baru,warna biru, warna hitam x main la. Saya xnak yg murah2. Saya nak yg 10k ke atas.
  3. Lepas tue, saya nak handphone baru.. bla.bla.bla.bla.(Panjang aku bebel)

Ayah : Oh. Pakat ngan mak ea. Ish3x. Demand betul. (Pandang2 mak)


Mak cubit2 ayah. HAHAHA.

Aku geram nie. MySpace

Ayah nie kan. Ish2. Bergurau benda2 mcm nie.
Ayah x tau yang aku dah nak nangis./no

Memang aku x sokong kalau ayah nak kawen sekarang.
uuweeekk..MySpace TAK BOLEH! Mom still alive!

Tapi kalau masa akan datang, mungkin aku x boleh cakap apa2.

Sungguh. Aku sayang mak dan ayah aku.

"Ya Allah, teguhkanlah ikatan hati antara mak dan ayahku. Biarlah kesetiaan dan kasih sayang mereka kekal hingga ke syurga"

P/S : Kalau ayah aku kahwin LAGI, biarlah ianya hanya dalam mimpi. Dan jika ianya mimpi, TOLONG BANGUNKAN aku dari mimpi ngeri ini! Ternyata x semua mimpi itu indah kan./wahaha

Till the end, bye. Izinkan aku mimpi yang indah2 lagi. :)

A quick note.


Hidup satu perjuangan. Terus berjuang. :)

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...