Pages

Showing posts with label Mimpi Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Mimpi Ngeri. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Oh. I am not that strong!!

"Dugaan itu hadir tanpa dipinta. Cabaran itu tiba tanpa diundang. Sungguh, hati ini sayu dan hiba. Sungguh jiwa ini menangis tanpa henti. Mudahnya mulut menuturkan bicara, sedangkan hati dan jiwa terseksa menderita, " rintihan hati seorang insan.

Di saat ujian melanda perjuangan, saya merasakan tidak kuat untuk terus bertahan di sini. Jujur saya katakan bahawa, kadang2 terdetik di minda, mengapa mesti saya? Tercetus di benak, apakah salah dia? Mengalirlah air mata penuh penyesalan. Menitislah air mata kebencian. MySpace
Saya terlupa bahawa, ujian itu penguat semangat dalam perjuangan. Jika saya berhenti berjuang, maka saya akan menjadi orang yang paling bodoh sekali, kerana mengalah begitu sahaja.

Saya juga terlupa bahawa ujian ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan insan-insan lain. Mereka lebih menderita daripada saya. Oh. Adakah saya tidak bersyukur?

Apa yang menyedihkan, saya juga terlupa akan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Sungguh saya insan lemah yang tak berdaya. Hanya dengan sedikit dugaan ini, saya terlupa firman Allah yang satu ini.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
-Surah Al-Baqarah ayat 45-

Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami. Andai ini hukuman atas kekhilafan aku, janganlah KAU hukum mereka ya Allah. Aku menyayangi dan mencintai mereka ya Allah.

Andai ini dugaan buat kami bagi menguji kesetiaan, kejujuran dan keimanan kami, KAU tautkanlah hati-hati kami. Suburkanlah kasih dan sayang antara kami. Ya Allah, aku mohon pada-Mu dengan bersungguh-sungguhnya ya Allah, janganlah kerana ujian yang satu ini, KAU pecah-belahkan hati-hati kami, janganlah KAU hancurkan hubungan hati-hati ini ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya air mata yang mengalir ini membuktikan betapa dalamnya cinta dan sayangku pada mereka ya Allah. KAU bantulah aku Ya Allah. Sungguh kami lemah dan tak terdaya tanpa-Mu. Bantulah kami.

Oh. Maaf terpaksa dengar doa-doa saya yang satu ini.MySpace

Emosi saya agak terganggu pada waktu ini.

Oh. Moga firman Allah dalam Surah Yusuf, ayat 87 dapat saya pegang. (Lemahnya rasa. :()

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Sorry. Izinkan saya bermimpi yang indah-indah.
(Betapa saya mengharap ini semua hanya mimpi ngeri, yang apabila saya terjaga, semuanya akan berakhir.MySpace)

-I'm not that strong!-

Wednesday, March 17, 2010

Boleh ayah kahwin lagi?

Pada suatu petang yang panas, hatiku pun turut menjadi panas gara-gara soalan cepu emas ayah yg menggugat keimanan daku./shock

Ayah : Boleh tak kalau ayah nak kawen lagi?

Aku : (Terdiam)

Ayah : Boleh?

Aku : Poligami dibenarkan. (Diam lagi) Jadi, silakanlah kalau ayah nak kawen lagi, but don't expect me to accept her.
(Air mata bergenang + suara bergetar)

Ayah ketawa.
"Amboi! Bukan main lagi ayah ye," bisik aku dalam hati. Ah! Ayah nie, suka betul bergurau! Geram dengan gurauan ayah yang satu nie.MySpace

Aku ingat gurauan ayah akan terhenti di situ. =.=''
Tapi malangnya tidak. Ish3x. (Geleng kepala)

Ayah : Nanti nak bawak cik puan baru jumpa cik puan lagi satu. (Sambil jeling2 mak)

Aku : Boleh2. Tapi ada syarat2 yang ayah kena ikut.
  1. Setiap minggu, MAKCIK BARU tue kena dtg bangi (tempat belajar aku) bawak makanan yg sedap2. Saya xnak yg murah2. Saya nak yang mahal2 je sume.
  2. Oh. Lepas tue, saya nak laptop baru,warna biru, warna hitam x main la. Saya xnak yg murah2. Saya nak yg 10k ke atas.
  3. Lepas tue, saya nak handphone baru.. bla.bla.bla.bla.(Panjang aku bebel)

Ayah : Oh. Pakat ngan mak ea. Ish3x. Demand betul. (Pandang2 mak)


Mak cubit2 ayah. HAHAHA.

Aku geram nie. MySpace

Ayah nie kan. Ish2. Bergurau benda2 mcm nie.
Ayah x tau yang aku dah nak nangis./no

Memang aku x sokong kalau ayah nak kawen sekarang.
uuweeekk..MySpace TAK BOLEH! Mom still alive!

Tapi kalau masa akan datang, mungkin aku x boleh cakap apa2.

Sungguh. Aku sayang mak dan ayah aku.

"Ya Allah, teguhkanlah ikatan hati antara mak dan ayahku. Biarlah kesetiaan dan kasih sayang mereka kekal hingga ke syurga"

P/S : Kalau ayah aku kahwin LAGI, biarlah ianya hanya dalam mimpi. Dan jika ianya mimpi, TOLONG BANGUNKAN aku dari mimpi ngeri ini! Ternyata x semua mimpi itu indah kan./wahaha

Till the end, bye. Izinkan aku mimpi yang indah2 lagi. :)

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...