Pages

Friday, December 31, 2010

Sibuk sana, sibuk sini. Haish.

Sekarang ni, ramai orang tengah sibuk. Sibuk buat apa?

1. Sibuk men-download movie sebab nanti dah balik tempat study, internet lembab sama je macam waktu jalan jam kat KL.

Lembab sampai boleh tertidur. Ah! -.-'

2. Sibuk keluar masuk bank, bayar yuran. Ini biasanya parents, abang dan kakak la yang kena buat. Adik-adik pakat-pakat hulur je surat pasal yuran yang sekolah bagi.

3. Sibuk beli barang-barang nak bawak pergi sekolah @ kampus. Kalau adik-adik yang masih bersekolah ni, sibuk nak cari baju baru, kasut baru, beg baru. Haish, kalau boleh semua nak baru. -___-' (Habis duit.)
Biasanya, duit MAK AYAH la yang melayang. :) Thank you mom, dad.

4. Sibuk nak cari buku-buku rujukan baru. Ye la, konon-konon nak study dulu sebelum masuk kelas. Baru la senang nak faham bila belajar..
"Ingat, mak beli buku untuk kamu baca. Bukan suruh buat LAPIK MOUSE," kata mak.

5. Sibuk mengacau adik-adik dan bertekak dengan parents. Konon-konon, nanti dah naik belajar, tak boleh buat kacau dah.
Oh, kadang-kadang hidup ni kurang bermakna bila takde orang untuk dikacau.

6. Sibuk nak pasang azam baru. Padahal azam yang sekarang ni pun, tak menjadi lagi. Hohoho.
Buatlah list panjang mana pun, tapi, kalau HANGAT-HANGAT TAIK AYAM, satu pun tak jadi. Haiz.

Tapi, sesibuk mana pun kita, ini mesti mau ingat..

Berdoa dan memohonlah pada-Nya. Moga-moga hati seputih baju sekolah baru. :D

Sekurang-kurangnya, aku masih lagi bernafas dengan normal sekarang. :)

Ya. Senyum.. Mesti nampak comel macam budak kat atas ni. Percaya la.
----------------------------------------------
Kadang-kadang aku rasa macam
tak cukup tangan, tak cukup masa je
nak buat macam-macam benda.

Mungkin itu tandanya
aku tak pandai hargai masa.

Kadang-kadang aku rasa nak berhentikan masa,
supaya aku dapat bersuka ria.

Mungkin itu tandanya
aku takut hadapi hari-hari yang mendatang.
----------------------------------------------

P.S : Cakap senang, nak type mudah, nak buat susah.

P.S.S. : Thank you Uncle Google for pictures.

P.S.S. : Oh, aku lupa. TAHNIAH Harimau! =D

Monday, December 27, 2010

Aku marah sebab takut dia mati gara-gara hati berlubang.

Dia bukan siapa-siapa. Dia hanya manusia biasa yang punya kisah sendiri sama macam orang lain.
See, dia sama je macam manusia lain yang suka main hujan.
Lagipun, dia kata bila hujan boleh nangis, takde orang perasan.

Dia punya jiwa, dia punya hati. Tapi, dia bagi tau aku, dia dah bagi separuh hatinya pada orang lain.
See, aku dah cakap, dia bagi separuh, bukan semua. Kan berlubang separuh tu..

Pada aku, sia-sia je apa yang dia buat. Bukan dia dapat apa pun. Silap-silap, boleh mati macam tu je. Aku marah dia. Bila aku cakap macam tu, dia marah balik.
See, dia marah sampai mata dia keluar laser. Nasib bukan laser hijau. Betui, aku tipu. >,>

Aku tepuk, tepuk belakang dia, aku cakap, "Err, jangan marah, nanti kena jual."

Dia tarik nafas dalam-dalam kemudian dia cakap, "Aku bukan bagi terus pun hati aku tu. Aku bagi pinjam je."

Aku sengih-sengih sambil mencelupkan biskut ke dalam air koko aku. Malas mau bertekak dengan orang yang mabuk cinta. Aku merenung mata dia, sambil menghirup air koko.

Saturday, December 25, 2010

Weh, tinggal kat pintu pagar je result tu. Dah tak pakai dah!



Aku punya satu cerita. Cerita yang aku simpan rapi dalam lipatan jiwaku, cerita yang aku tanam jauh di lubuk hatiku.

Ini cerita tentang seorang budak yang bernama Adam (bukan nama sebenar) yang tak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat straight A's dalam PMR.
Muka Adam happy gila waktu dapat results macam anjing ni.

Adam paling tak suka bermain dengan si angka, berkasih dengan si peta dan bercinta dengan si reka bentuk. Tapi, apakan daya, si angka, si peta dan si reka bentuk cukup suka akan dia. Maka, dengan itulah, dapatlah Adam menggapai kegemilangan.

Adam bangga dan suka tentunya. Siapa yang tak bangga? Siapa yang tak suka?

Adam masuk ke aliran sains. Kononnya, mahu menjadi doktor. Kononnya, mahu menggembirakan ibu dan ayahnya yang sangat mengharapkannya.
Adam mau jadi macam ni.

Tapi, Adam bukan adam yang dulu lagi. Adam dah berubah. Kelas bukanlah teman baiknya lagi. Adam macam chipsmore di dalam kelas.
Kejap ada, kejap takde.

Ya. Aku tau, bukanlah Adam berniat tidak mau belajar. Tapi, Adam terlalu cinta dengan si Ko-ku. Berminggu-minggu Adam tinggalkan kelas.

Aku sudah bilang dengan Adam, "Kalau sudah banyak tertinggal, wajiblah berdating lama dengan si buku".
Aku suruh Adam dating dengan buku macam ni.

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...