Pages

Sunday, December 5, 2010

Sudah jawab yang Adik Nik TAG. :D

Thanks for the tag Adik Nik. Maaf ea lambat jawab.. :)


1) Selalu bangun pukul berapa?

Ada la. Kadang2 awal, kadang2 lambat. (sengih2)


2) Ramai kawan lelaki ke perempuan?

Ramai yang sama jantina. (Rasanya. Hoho)


3) Bila 1st time bercinta?

Sejak dalam perut mak. Bercinta dengan mak, bercinta dengan susu mak. :P


4) Tau memasak ke tak? masak apa? (paling superb la yang anda tau masak)

Tau. Tapi takde la pandai manapun. Paling superb? Masak air.


5) Perkara paling lucu yang pernah berlaku dalam hidup anda.

Tersalah masuk dalam kereta orang lain. I thought it was my dad. But then, stranger! -.- Malu. Tapi bila ingat balik, rasa cam lucu sangat.


6) Perkara paling gila anda buat.

Entah. Haa. Jap2. Panjat loker yang ada kat hostel waktu dulu2. Susun tilam kat bawah banyak2, lepas tu, terjunnnn! Best! Rasa macam superman! J

Tapi yang tak bestnya, mak tetiba je muncul kat depan pintu bilik. -_____-‘ Time tengah buat nakal juga la, mak nak datang. Haish!

Saturday, December 4, 2010

5 ALASAN BIJAK anak-anak aku bagi bila TAK NAK IKUT PERGI KENDURI.



Anak-anak aku suka buat hal bila dah besar-besar panjang macam ni. Aku ajak PERGI KENDURI, semua pakat-pakat buat alasan tak mau ikut. Semua pakat-pakat pasang muka ketat. Nie haa dia 5 ALASAN BIJAK (konon) dia selalu bagi kat aku. Haiz.

1. Err. Abah, adik tak nak ikutlah pergi kenduri. Nak DIET ni. Kalau pergi kenduri, TAKUT LEBIH MAKAN. Adik takut GEMUK.
Adik tak nak gemuk macam ni.. ;(

2. Ma, abang dah JANJI dengan KAWAN abang nak pergi lepak-lepak ni. Kan ma juga yang kata, tak baik MUNGKIR JANJI.
Nak pergi main ni!

3. Ayah, kakak rasa kakak tak payah pergilah rumah Pakcik Bruno Mars tu. Bukan kakak BAIK dengan dia pun. Lagipun, kakak SEDIH, anak dia TAK MAU kat kakak dah!!!
Kakak sedih ni!!

4. Mak, orang tak mau pergilah kenduri. Orang ada BANYAK assignment TAK SIAP la mak. Hantar esok ni. Mak nak orang dapat 4flat kan?
Ish. Cuti, cutilah. Apesal banyak assigments ni!

5. Bapak, Along tak ikut tau. Along nak TENGOK MOVIE nie. Petang sat lagi, Along nak balik hostel dah. Nanti TAK SEMPAT tengok dah.

Haa. Apa aku nak cakap bila anak-anak aku dah cakap camtu? Nak marah? Tak boleh, tak boleh. Bukan pasal takut kena jual, tapi dulu2 pun aku sama je. MALAS nak ikut pergi kenduri. -___-'

COP! COP! COP!
ITU SEMUA KHAYALAN.

Itulah apa yang akan jadi agaknya kat aku bila AKU DAH KAHWIN nanti.

Kalau aku TAK INSAFLAH.

Okay. Sekarang DAH INSAF ni.
Aku TAK NAK, esok, esok, anak-anak aku semua malas nak pergi ikut aku pergi kenduri. -.-''

Esok, esok kalau orang tanya, MANA ANAK kau, aku nak JAWAB apa?


Entri sempena kenduri yang banyak waktu cuti ni haa. Anak-anak macam aku, patut RINGANKAN KAKI dan PERUT ikut parents pergi kenduri kan. :D

Surat SEMANGAT untuk si BABI



Babi.
Kasihan kau babi.
Ramai orang benci kau kan babi.
Sedangkan kau comel apa.
Siapa kata babi tak comel haa?? (Err. Akulah yang kata..)

Ya, ya, aku tarik balik. KAU comel babi.

Aku tak tau kenapa ramai orang dengki sangat dengan kau.
Adakah sebab kau sangat popular?
Ramai orang suka sebut nama kau bila marah.

Contohnya,

1. BABI punya budak!
2. Apasal perangai kau macam BABI sial je haa?!
3. Memang BABI arr!

Banyak tau orang sebut, sebut, carut, carutkan nama kau.
Betui, aku tak tipu!

Tapi, aku tak. Percayalah!

Aku tak kisah pun kalau kena PEGANG kau wahai babi. BUKANNYA HARAM pun.

Tapi, aku tak naklah. Sebab kalau air liur kau kena kat aku, aku susah2 kena samak.
Aku kan PEMALAS.

Babi, babi, aku tertanya-tanya sebenarnya.
Kenapa kau wujud? Aku bukan boleh makan kau pun, Allah tak bagi.

Takpelah babi. Tak payah jawab.
Sebab siapalah aku ni pun sebenarnya nak tanya soalan macam ni. Aku hamba-Nya yang kerdil.
Aku yakin mesti ada sebab kenapa kau diciptakan.

Satu hari nanti, kalau aku dah tahu kenapa kau diciptakan, aku bagi tahu kau ea babi.

Apa2 pun, memang aku kasihan sebab ramai orang suka marah2, mengamuk guna nama kau babi.

Semoga kau bersabar babi.

Yang benar2 tak nak bela kau,
Adam

Thursday, December 2, 2010

Backstabber kah aku? Oh, aku rasa tak. :D

Backstabber. Kalau cakap Melayunya, tikam belakang, eh, penikam belakang, macam ni :

Aku dah curi masuk rumah Pakcik Urban, sebab nak cari makna backstabber.
Hasilnya? Aku tau backstabber ni ialah seseorang yang kita percaya @ orang yang depan kita punyalah baik (PIJAK EKOR KUCING PUN, KUCING TAK JERIT KUAT-KUAT), tapi rupa-rupanya, belakang kita, nauzubillah, macam-macam benda buruk dia buat berkait dengan kita.

Ah! Tak kisahlah apa pun makna backstabber ni.

Apa yang aku tahu, kalaulah backstabber ni ialah sejenis coklat, pastinya dia ialah coklat busuk beracun yang takde orang pun nak makan. Entah, entah orang terus buang tak, kalau dapat?
Backstabber bukan coklat macam ni. Coklat ni sedappp. :D

Agak, agak kau kan, kalau kita CAKAP ORANG, BELAKANG, BELAKANG (benda yang betui je la), kira backstabber tak?

Contohlah kan, kau ada kawan baik kau, nama dia apa entah. Satu hari yang tak berapa nak mendung, dia dah buat kau sakit hati, dia minum air 100-plus yang kau simpan dalam peti ais sampai habis.

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...