Pages

Wednesday, April 21, 2010

Benci.

Rasa nak nangis pulak. ;(

Kenapalah susah sgt nak berubah? Tak cukup kuatkah tekadku? Tak cukup mantapkah azamku?

O Allah, help me.

-Mimpi itu memang indah-

Monday, April 19, 2010

Akauntan baru tak bergaji..

Saya memang seorang yang boros. Duit habis dalam tempoh masa yang sekejap, tapi saya tak tahu apa yang saya beli. :(

Justeru, start daripada minggu lepas, saya telah mempunyai seorang akauntan merangkap juru audit merangkap perancang belanjawan saya. :)

Kawan saya dengan baik hatinya sanggup menjadi akauntan tanpa gaji untuk saya. (Oh! Terharunya) Nama dia Along.

Along memantau perbelanjaan saya dan memegang duit-duit saya.

Btw, saya rasa beruntung dicampakkan di kelas yg saya duduk sekarang.. Sebabnya, alhamdulillah, rakan-rakan saya di sini banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya.

Along memantau perbelanjaan saya. Auntie mawa, beruang, jagung, tyqa, mama dan adik nik menjadi 'spy' kepada Along. Mereka nie jugalah yg menyekat pergerakan saya kat shopping complex. Hohoho.. Kalau saya belanja terlebih, maka laporan akan dibuat dan Along akan mengambil tindakan ke atas saya. haiz.

Saya rasa, apa yang mereka buat skrg, betui2 boleh membantu saya untuk menjadi seorang yang berjimat cermat.. :)

Oleh itu, mulai detik ini dan saat ini, saya protege JIMAT, berikrar akan berusaha untuk tidak lagi menjadi protege BOROS!!

Thanks ea Along sebab sudi jadi akauntan tak bergaji!! ^_^

Saturday, April 17, 2010

Luahan Si Rattus norvegicus.


Kau persendakan aku. Kau ketawakan aku sesuka hati kau.

Apabila kau marah, kau marah aku sepuas hati kau.

Kau kata aku pengecut kerana aku tak tahu marah depan-depan. Mungkin kau kata aku talam dua muka.

Ya. Memang aku pengecut. Memang aku takut. Aku takut kemarahan aku tak dapat aku kawal. Aku takut kemarahan itu akan memakan jiwaku dan yang paling aku takut sekali kalau kemarahan aku itu, akan menyebabkan aku kehilangan orang-orang yang aku sayang.

Aku tahu kau penat bila mendengar aku bersungut marah. Ketahuilah, aku hanya mahu menceritakan kemarahanku pada kau, bukan pada orang yang aku marah.

Kau bersungut dan marah-marah apabila banyak experiment yang perlu kau lakukan. Tahukah kau, aku pernah merasakan apa yang kau rasa.

Kau marah apabila aku terlupa akan experiment kita. Ingatkah kau, apabila kau terlupa akan experiment kita, aku hanya diam, kerana aku tahu kadang2 kita boleh terlupa.

Kadang2 aku merasakan, kau selalu meninggalkan aku. Apa yang aku lakukan kadang2 kau pandang dengan sebelah mata. Aku tahu aku tak sehebat Rattus norvegicus yang lain.

Tapi aku sedang berusaha untuk berubah. Ya. Aku berusaha. Cuma kadang2 aku tak cukup kuat. Ketahuilah bahawa kata2 nasihat kau, ada aku simpan. Kau kata aku buat-buat tak tahu, padahal, hakikatnya, aku cuba untuk berubah, kerana kata2 kau ada kebenarannya.

Aku bersyukur kerana kau selalu ada untuk aku. Kau tegur aku apabila aku terlupa. Kau tegur aku apabila aku tertidur. Kau sentiasa fikirkan aku.

Tapi kadang-kadang kau berkata tanpa memikirkan aku. Aku tahu kau punya hati yang baik. Tapi entah mengapa kadang2 hati aku akan sakit.

Maafkan aku. Aku tahu aku hanyalah Rattus norvegicus yang menjadi kawan se-experiment kau wahai sang saintis.
Kalau kau hilang dari hidup aku, mungkin aku akan mati disuntik jarum berisi racun maut yang besar.

Kalau ada hari yang aku cuba menggigitmu di saat kau cuba suntikkan vaksin kepadaku, maafkan lah aku. Aku tahu ianya bukan mudah.

Kalau hari ini aku berazam tak mahu cakap dengan kau, pasti azam itu takkan berjaya. Hari esok, pasti aku akan rasa janggal tanpa bercakap dengan kau.

Aku tahu kau mungkin takkan fahami apa yang aku katakan, kerana aku berkata menggunakan bahasa aku, bukan bahasa kau.

Ketahuilah, aku si Rattus norvegicus tidak membencimu wahai saintis. Aku sayang kau kerana kau sahabat se-experiments aku.

P/S : Berikut adalah kata-kata seekor Rattus norvegicus (kalau dlm bahasa biasanya, tikus makmal..) yang telah ditemubual di dalam sebuah makmal.

Pada waktu ini, Rattus norvegicus mungkin sedang emosional.

Thursday, April 8, 2010

Duit oh duit!

Elaun baru je keluar minggu lepas. But guess what, mine's almost finish! ;(

Ape entah yang dibeli sampai boleh habis dalam masa yg sekejap. Ternyata aku sgt boros! T_T

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...