Pages

Monday, April 22, 2013

Cikgu yang dibenci murid.

Cikgu.

Jadi cikgu bukan senang.

Tambah-tambah lagi kalau cikgu yang tak pandai mengajar.

Serious, murid akan tunggu kau. Bukan tunggu masa kau datang. Tunggu masa kau MC.

Susahkan jadi cikgu yang dibenci murid?

Tapi, orang kata, kalau cikgu tu betul-betul ada jiwa cikgu, dia tak kisah pun murid benci dia. Dia tau kelemahan dia, dia perbaiki kelemahan dia. 

Sebab dia jadi cikgu ikhlas. 

Nah, sekarang ni, nak jadi ikhlas tu la yang susah. Kan?

Ah! Complicated.

Saturday, April 6, 2013

Rumah sewa yang menyusahkan.

Aku tak suka dok asrama. Dari dulu, puas ayah aku paksa. Takde kesan apa pun. Masih sama. Suka sendiri2 (Walaupun selalu susahkan orang lain. hoho)

Seumur hidup aku, aku tak pernah duduk ramai-ramai dengan kawan-kawan. Jumlah paling ramai pun aku pernah duduk adalah 4 orang. Bila dok Bangi, duduk berdua.

Tiba-tiba, aku kena dok rumah sewa. 8 orang. Satu perubahan drastik buat aku. Mula-mula, aku takde apa hal. Sebab bukan dengan orang lain, dengan kawan-kawan yang aku kenal juga. 

Tapi, makin lama aku duduk sini, aku makin kenal diri aku. Banyak aku tersentak, tambah2 bila banyak sikap buruk aku yang aku tahu. 

Bila dok lapan orang, maksudnya, aku ada lapan hati dan lapan kepala untuk difikirkan. Kat sini la, aku tau lagi keburukan aku. Aku tak suka fikirkan orang lain. Dalam erti kata yang lebih harsh, selfish. Buruk benar. Asal aku seronok, tak apa je pasang lagu yang sama kuat2. Asal aku selesa, tak apa je, semak2kan rumah. Asal aku dapat rehat, tak apa je tak lipat kain. Adoi, baru ingat ada kain tak lipat. Jap lagi la eh. haiz.

Lagi, aku tak suka share barang atau space. Aku baru sedar pasal ni. Memang mengada, aku tau. Selama ni, aku ingat aku okay-okay je kalau share2 apa pun. Tapi rupanya tidak. Tak senonoh betui. Tapi patutla dulu2, bila parents aku nak bagi kain baju kat orang lain, aku tak izinkan. Serious tak patut.

Lagi lagi, aku hot-tempered sangat. Er, ni memang sedar dah dari dulu. Tapi, ah, susah gila nak ubah yang sikap yang satu ni. Menyampah.

Kesian housmates aku kena tahan dengan semua tu. Macam-macam dah aku susahkan diaorg. Macam mana la family aku boleh tahan? Agaknya, kalau air dicincang akan putus, memang dicincang-cincangnya aku. -.-''

Untuk calm down-kan diri aku supaya jadi manusia, aku salu cakap, "Dah namanya dok rumah sewa, memang la cmni. Ingat, kau tu bukan dok sorang-sorang." Tapi selalu juga, turn out negative, macam, "Ni la susahnye dok rumah sewa." 

Tak patut, teruk-teruk. Lain hati cakap, lain mulut cakap. Kinda hard to explain. haiz.

Aku hairan kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain? Yang selalu cool-cool je. Aku hairan kenapa kadang-kadang aku nak kena point out everything, supaya aku okay-okay. Teruk la perangai yang satu ni. 

Serious, dok rumah sewa memang menyusahkan untuk kera sumbang macam aku. Sebab kadang-kadang, aku susah nak adapt. Dan aku tak pernah terlintas pula yang aku susah nk adapt. Ingatkan senang je. Tu la, pandang tinggi sangat diri sendiri bab adapt. Lemah gila. 

Tapi, untuk masuk hostel balik? Memang tak la. No offense. Dalam kesusahan dan konflik dunia yang tak berapa nak bulat ini, ada juga time aku rasa suka dok rumah sewa. Ala, ada ups and downs. Kadang-kadang, seronok sebab meriah gila. Hee. Macam-macam cerita boleh dengar, macam-macam gaya boleh tengok. 

Dari aku kecil, mak aku dah kata, aku kena berubah. Betul cakap mak aku tu. Aku bukan dok dalam hutan yang takkan jumpa orang. Aku rasa, rumah sewa ni ruang untuk aku belajar semua tu. Belajar jadi orang yang tak selfish, rajin, suka share2 dan kuat. Nak jadi cikgu macam mana, kalau semua tu takde? Fikir-fikirkan la.

Aku harap aku jadi orang yang berubah ke arah kebaikan. Susah tapi. 

p.s. : Sorry to my parents, sisters, brother, roommates and housemates for everything i ever done and will do. 

Aku selalu lemah bila bab cakap mulut. Selalunya, benda lain aku nak cakap, benda lain yang keluar. Writing is better rather speaking. Hu. Terpulang la orang nak cakap apa. I don't know any other ways, rather that write in facebook and blog. Tak tau nak terang macam mana. 

Saturday, November 26, 2011

Satu Muharam? Meaningless.

Piano berbunyi kuat beberapa kali. Iramanya merdu. Oh, aku tersentak. Mesej dari handphone rupanya.
"Salam Maal Hijrah 1433"

Aku memandang sepi mesej itu, seolah-olah tak bererti langsung buatku sedangkan ianya dari orang yang penting dalam hidupku. Meaningless. Aku harus balas apa?

"Tq. Salam Maal Hijrah gk. Doakan saya ea."

Eh, bila balas suruh orang doakan pula? -.-'' Ah! Peduli la. Satu muharam memang tiada ertinya bagi aku bila aku tak cuba untuk berubah. Meaningless. Serious memang meaningless gila.

Dulu, setiap tahun, baik tahun masihi mahupun tahun hijriah, aku selalu pasang azam. Haha. Gila. Satu pun tak pernah tercapai. See? Betapa tak bermaknanya semua tu. Azam macam hangat-hangat taik ayam, mana nak pergi jauh. T___T

Sungguh, tahun baru ke, tak tahun baru ke, sama je. Kalau nak berubah bila-bila masa pun boleh kan? sobs3.

Thursday, November 3, 2011

Walaupun aku jahat...

Aku bertuah. Bertuah kerana masih punya mak dan ayah yang selalu ada di sisi aku.

Aku bertuah. Bertuah kerana masih punya mak dan ayah yang masih sudi memberikan nasihat kepada aku.

Aku bertuah. Bertuah kerana masih punya mak dan ayah yang mencintai dan menyayangi aku tanpa syarat.

Tapi, mereka tak bertuah kerana punya anak yang jahat seperti aku.

Tapi, mereka tak bertuah kerana punya anak yang buas seperti aku.

Tapi, mereka tak bertuah kerana punya anak yang kasar sepeti aku.

Mereka korbankan segala-galanya untuk aku. Aku masih ingat bagaimana mak bangun awal pagi untuk menyiapkan bekalan untuk aku bawa ke sekolah. Aku masih ingat bagaimana ayah membawa aku menaiki motor, walaupun keringat mencurah membasahi bajunya. Aku masih ingat ciuman dan pelukan mak dan ayah.

-----------------------------

Walaupun aku jahat, aku masih mencintai dan menyayangi mereka. Sungguh, aku tak tipu.


Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...