Pages

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

Sedar tak sedar, dah nak puasa dah pun..

Moga Ramadhan kali ni lebih baik! Aja-aja Fighting! Jia You!

Selamat pose semua! May Allah bless.

Saturday, August 7, 2010

Dah kena pindah!!

Waaaaaaaaaa!! Kami dah kena pindah blok!! ;(

Sedihnya kena menumpang bilik orang lain.. Sobs2.

Haiz.. Gara2 nak buat wiring, kami semua terpaksa menumpang kat blok lain dulu.. Huhu

Apa nak buat... Allah hai... Bersyukurlah wahai diri.. At least, you still have a shelter.

Susah rasanya nak tanam rasa syukur nie kan.. Haiz.. Kena usaha!

Takpela.. Ada hikmahnya kan? (Walaupun saya tak nampak lagi apa hikmahnya)..

Aku nak ucap terima kasih kat AZIE ngan YANA sebab sudi menumpangkan diriku yang hina dina ini kat bilik buat sementara waktu.. Huhu.. Thanks dear!
Terima kasih juga kat Along sebab sudi kongsi Toto.. Wuuwuuwuwuwu..

Btw, ke hadapan beruang yang jauh di mata, tak mau sedih2 ea.. Huhu.. Ummi ngan Along ada je kat sini ea..

Terima kasih ea Syaza, Bie Ira ngan Tini sebab tolong tengok2 kan Beruang tue..

Apa2 pun aku tak sabar nak tunggu wiring siap! :)


Thursday, August 5, 2010

Jangan buat dia begitu...

Oh! Tak patut buat dia macam tue.. Saya rasa walaupun kadang2 kita tak selesa @ tak ngam dengan seseorang tue, kita tak patut kata dia macam2 depan2 dia.. Dia masih ada perasaan.. Kesian dia.. Kecil hati dia nanti.. Dia kan kawan kita juga... Haiz.. Bila la semuanya nak okay2? Rasa janggal bila jadi macam nie. Huuu~

*Sekadar melahirkan rasa.

Choral Speaking.

Kami masuk pertandingan Choral Speaking! :) Suka2.

Cocolina! Ye. Choral Speaking kami mengisahkan pasal Cocolina.

Ada satu ahli sihir jahat, Morgana yang benci Cocolina sebab Putera yang dia suka, Rivaldo akan kahwin dengan Cocolina..

Jadinya, Morgana pun buat la rancangan jahat. Tapi rancangan dia gagal, plus kejahatan yang dia buat jadi balik kat dia. As usual, you get what you give.

Adik Nik jadi konduktor. She's really good!
Sebenarnya, kami rasa sangat risau bila nak pergi bertanding. Al-maklumlah, sekejap sangat tempoh berlatihnya. Tak sampai seminggu pun kami berlatih.. Cuak je rasa.. Aku takut aku terlupa skrip. Hohoho..

Alhamdulillah.. Semua orang pun bersemangat.. Walaupun sekejap je masa untuk berlatih, tapi semua orang pun buat yang terbaik..
Cuma budak2 perempuan je yang masuk, sebab budak lelaki kelas kami malu2 kucing.. Hee~

Tapi ada je budak2 lelaki kelas kami datang petang tue.. Baby Faz, Zombie, Drakula, Anwar, Pak Tommy ngan Faiz ada petang tue.. -.-

Morgana disolek dengan teruk sekali. Memang serius, Tyqa pandai make-up orang.. Morgana turned out to be the ugliest witch. =_=''
Sangat buruk muka Morgana. Hodoh2.

Tak kisahlah! Yang penting semua dah selesai. Kami dah buat yang terbaik. Ada rezeki menang, alhamdulillah.. Kalau takde rezeki, nak buat macam mana.. The most important thing is we already do the best and we are very happy! ^_^

-------------------------
Edited on 9 August 2010

Alhamdulillah!! Kami dengan rasminya, dapat no 1. ^_^

Sunday, August 1, 2010

Minggu untuk belajar. :)


Dari 27 Julai sampai 31 Julai, kami agak sibuk di sini, gara-gara minggu untuk perempuan yg dianjurkan oleh HELWI..

27 Julai 2010

Hari nie, Pertandingan Nasyid. Suara peserta ada je yang sedap-sedap. Tapi malangnya, sound system hari tue tak berapa nak baik. Huhu.. Saya tak tau mana nak letak muka hari tue.. Rasa malu sebab saya AJK Seranta.. :( Banyak yang saya tak tau.. Banyak lagi yang saya kena belajar. Apa2 pun saya rasa sedih hari nie, gara-gara bunyi yg tak berapa baik. ;( Kesian peserta2..

28 Julai 2010

Hari nie, pertandingan Pentomin.. Alhamdulillah, hari nie lebih baik daripada semalam.. :) Bunyi pun okay juga.. Peserta2 semua memang sangat berbakat.. Lakonan2 mereka, memang best gila la.. :) Suka!

29 Julai 2010

Forum. Best juga forum hari nie. Pasal wanita.. Ustaz Shaari memang best! Cara dia cakap memang kelakar.. Hehehe.. Banyak juga input dapat hari nie.. Haiz. Kita kena cuba jadi macam Ratu Balqis yang bijak (dan cantik!) hee~

30 Julai 2010

Petang nie ada sukaneka, gubahan apa sume.. Memang kreatif la budak2 nie semua..
Malam tue pulak, ada pertandingan Busana Muslimah.. Kak Ekin cakap, Pertandingan nie untuk tgk sejauh mana kefahaman kami terhadap cara berpakaian Islam yang sebenarnya.. Apa2 pun, peserta memang semua cantik2 la.. :)

31 Julai 2010

Okay! Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba! Hari penutup. :) Suka rasa hati, sebab semuanya akan berakhir hari nie..

Ada bengkel personaliti sebelum majlis penutup.. Best juga... :) Akak Muna ngan Ustaz Fawwaz sangat kelakar.. Apa yang disampaikan memang menarik..

Makanan untuk hari penutup banyak lebih. Lauk ikan yang sedap, tapi pedas! -_-

Apa2 pun saya lega sebab semuanya dah berakhir.. Banyak yang perlu diperbaiki lagi, terutama dari segi ketepatan masa dan pengurusan.... Paling penting sekali, saya dapat belajar banyak benda sepanjang minggu ni... :)

-Adios!-

Live on! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...